Thursday, November 12, 2009

KHALID SAMAD BOGELKAN PAS

Isu baiah talak tiga PAS masih lagi berkemundang di alam cyber. Kebanyakan blogger-blogger tegar PAS mengunci mulut dan jari mereka untuk membicarakan perihal yang membuka kaiban mereka sendiri. Hanya segelintir tukang komen yang datang mencubit sekali sekala.

Khalid Samad, manusia PAS pertama yang mempelopori isu baiah ini, telah mengakui kesilapan beliau dengan pendedahan isu baiah ini kepada umum. Sebelum ini, beliau dengan gah mengakui kewujudan baiah tersebut dan berbangga dengan ia.

Kemudiannya, Muslimat PAS pula tampil dengan mempertahankan kenyataan Khalid Samad dengan menyokong sepenuh jiwa dan raga mereka baiah tersebut.

Apa yang kita dapat perhatikan dari situasi yang berlaku adalah ahli PAS yang terlalu taksub dengan parti mereka telah mencapai tahap klimaks dalam berkonfrantasi dengan ahli-ahli parti lain. Golongan-golongan taksub ini menjadi bongkak dan sombong dengan pegangan mereka yang mereka rasakan amat benar dan tiada cacat celanya.

Akhirnya, sebagai menunjukkan bukti kesetiaan mereka kepada parti, maka terungkailah rahsia besar yang tersimpan sekian lama. Perkara yang menjadi rahsia dalaman parti telah terbongkar akibat sikap bongkak pemimpin-pemimpinnya.

Kewujudannya yang memang diakui oleh ramai pengikut-pengikut PAS ini kemudiannya cuba di "cool down" kan oleh Nik Aziz dengan mengatakan bahawa beliau telah nyanyuk dan tidak ingat akan kewujudan baiah keramat tersebut di dalam kepala otak beliau.

Kewujudan baiah tersebut yang cuba diselindungkan oleh Nik Aziz kemudiannya terungkai lagi dengan kehadiran video ceramah dari ADUN Semanggol yang kelihatan amat bangga dengan pengakuan baiah tersebut dalam ceramah beliau.

Apa lagi yang mahu dinafikan mengenai kewujudan baiah tersebut? Bangkai gajah yang sepatutnya dilahap oleh ahli-ahlinya sahaja, kini telah dihidu oleh pemangsa-pemangsa yang lain.

Kewujudan baiah ini benar mengejutkan semua pihak termasuk rakan pembangkang mereka sendiri. Tapi, apakan daya, nasi dah menjadi bubur, hukum hakam yang mereka amalkan telah pun sebati dengan hati mereka, moga-moga tiada lagi yang terikut dengan gaya politik yang diamalkan oleh golongan-golongan taksub ini...

Wallahuallam...

DES : Orang macam Khalid Samad tak boleh nak diberi jawatan dalam kerajaan. Habis nanti rahsia-rahsia kerajaan dijualnya keluar. Itu lah pentingnya ISA, OSA...

PAS perlu ada akta dalaman yang dapat mengawal dari ahli-ahlinya untuk menyebarkan rahsia-rahsia dalaman parti...

8 comments:

M.H.A Hamzah November 12, 2009 8:10 PM  

kau sibuk apa?bini kau ke?

adf55650 November 12, 2009 9:20 PM  

Alahai, nape la susah sangat nak faham. Bila dah jadi ADUN, duit dah banyak, cari le gaduh sikit dgn bini. Pastu gunakanlah Bai'ah tu. Dapat kawin baru.

YANG GAMBI November 12, 2009 11:16 PM  

Salam, PAs sudah terlalu jauh menyimpang dari Islam, kerana apa ?

Kerana selama ini Islam hanya sebagai landasan untuk politik mereka...... untuk menipu rakyat...

own November 13, 2009 1:38 AM  

salam bro .

balasan akibat dok fitnah orang sebelum ni makan tuan , habis cerita luar dalam kain tersebar .

Tapi selagi ada manusia macam M.H.A Hamzah tu tak la nak jadi. bodo sungai....

kluangman November 13, 2009 11:32 AM  

Kerana Khalid marahkan nyamuk (Hassan Ali) habis kelambu (PAS) dibakarnya.

jitraguy November 13, 2009 8:07 PM  

Macam saya jawab dlm House of PK, Nik Aziz nak pergi mekah pun tak kesampaian dah, dah berniat nak buat haji tahun ni tapi tak tercapai? Tak tahu la mungkin esok lusa jadi pulak, tapi kalau tak jadi, kenapa? Jawab nya ALLAH tak izin lah. Tapi ALLAh izinkan penyokong2 fanatik bola sepak kelantan memberi kemaluan besar kepada menteri besar mereka pulak. sedih sedih, kesian pun ada, ada lagi kaum macam ni di malaysia kerr? adusssssssss

eXception November 14, 2009 6:10 PM  

Cerai merupakan perkara yang halal tetapi tak disukai Allah. Perceraian hanya boleh dilakukan jika tiada lagi jalan untuk merapatkan semula hubungan suami isteri akibat ketidaksefahaman atau lain-lain masalah rumah tangga. Tetapi jika menggunakan cerai sbg alat mengugut bini supaya jgn beralih ke parti lain, namanya mmg jahiliah... Kat kampung aku pernah laki dia bg warning kat bini dia kalo jejak kaki kat rumah bapak mentua dia (bapak bini tu), akan gugur talak tiga... Laki dia tu kuat PAS. Yg bapak bini tu lak org kuat UMNO. Sampai bapak mentua sakit pun dia tak bg bini dia pegi melawat.... Kejam... Kejam... Undang-undang zaman jahiliah yang di guna pakai ni...

eXception November 14, 2009 6:11 PM  

Kalo berterusan penyakit ni, alamat rosak agama Islam diguna sewenang-wenangnya oleh PAS untuk kepentingan peribadi dan politik.

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

SUBSCRIBE PILIHAN ANDA

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe to BERANI MEMBUAT PILIHAN... by Email

KAMI BERANI MEMBUAT PILIHAN

PERANTAU

TAJUK BERKAITAN

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 Desperado, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya dan bukan merupakan pandangan profesional mana-mana klien, organisasi atau syarikat di mana PENULIS telah atau sedang berkhidmat atau menjadi salah seorang anggota. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP