POLITIK PILIHAN TERAKHIR SAYA - DR ASRI
Khabaran mengenai Dr. Asri mahu menyertai politik mula hangat diperkatakan. Ada yang setuju, ada yang tak setuju.
Dulu pun Dr. Asri pernah "dilamar", tapi ditolak, sekarang keputusan tersebut telah berubah berikutan beberapa halangan ke atas beliau untuk menyampaikan dakwah.
Agak-agaknya, ke mana pula hala tuju politik beliau? Beberapa orang pendakwah pada satu ketika dahulu mula menyertai politik mula tidak kedengaran aktiviti dakwah mereka.
Kredibiliti beliau sebagai seorang pendakwah dan public figure yang cukup terkenal mungkin akan tergugat jika tersilap pilih langkah. Maklumlah, politik ni, jenis "dog eats dog world".
Tapi kalau beliau benar-benar mahu sertai politik, sebuah parti baru mungkin lebih sesuai ditubuhkan daripada menganggotai mana-mana parti yang sedia ada sekarang....







8 comments:
Berapa ramai pendakwah yang semakin hilang apabila menceburi bidang politik.. Ismail Kamus, Hassan Ali dan ramai lagi..
Dah fikir cukup-cukup ke Dr nak sertai politik...
Lagipun politik untuk berkuasa lebih dari untuk berdakwah..
jadi, tujuan asalnya bukan untuk berdakwah, masih lagi bertujuan untuk mencari populariti, apa gunanya kalau nak berdakwah demi meraih popularitinya sendiri? sama juga seperti meraih dosa kerana tidak ikhlas dalam niatnya.
bila jadi begini siapa rugi ?
Assalamualaikum Des,
Mak Cik pun baca berita ini pagi tadi..Bagi Mak Cik:
BAGUSlah...tentu PAS amat gembira. Tapi Dr. Asri kena Baiah juga ke?
kita yg rugi..
http://akudanradio.blogspot.com/
Dakwah tidak terhad, ini mesti songsang punya pemikiran. Politik dan agama tidak dapat dipsahkan.
Kuasa itu penting. Kalau tak, kenapa Rasullah S.A.W berhijrah ke Madinah.
Fikir-fkrkanlah
Kat Malaysia ni semua perjuangan dalam bentuk kepartian meletakkan kuasa, pangkat, harta dan wang ringgit sebagai keutamaan. Semuanya dalam bentuk masuk bukannya keluar. Segala perkhidmatan konon-kononnya untuk rakyat akhirnya diclaim melalui pelbagai cara yang kadang kala menjerumuskan rasuah, penipuan dan bermacam kaedah dalam ertikata matlamat menghalalkan cara.
Ustaz Asri ni pun kalau ada niat dan hasrat sebagaimana ahli-ahli politik yang lain...silakan masuk politik.
Cuma pada pandangan saya hujung jatuhnya adalah maruahnya sebagai seorang ilmuan islam yang berkecuali bakal tergadai.
Kalau betul betul ikhlas naka BERDAKWAH... tak payah masuk tapi keluar bersama Jamaah Tabligh. Lihatlah betapa luasnya khazanah Allah SWT dan medan dakwahnya terbentang ke seluruh alam.
Dan kalau nak sangat berdakwah dengan berpolitik, bertandinglah sebagai calon bebas.Cubalah....
Jangan ceburi politik Dr Asri... Politik ni macam-macam kerenah... Silap haribulan yg halal jadi haram yang haram jadi halal...
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
Post a Comment