Aku tengok benda ni lama dah, Berlegar-legar dalam internet, share sana, share sini dalam Facebook, seolah rukum iman yang kelima ini akan berlaku pada tahun ini. Maka diletakkanlah tanda-tanda akhir zaman, seolah-olah boleh mengagak bila tarikh sebenar ianya akan berlaku.
Tujuan tu memang lah baik, tapi amalan tersebut seolah-olah mendahulukan yang Maha Esa yang mana hanya Ia sahaja yang mengetahui bila perkara tersebut akan berlaku. Benda ini kalau silap ditafsirkan, bukan sahaja merosakkan akidah, malah akan huru hara satu dunia.
Itulah hikmahnya Allah merahsiakan bila dan ketika kiamat akan berlaku..
Sudah-sudahlah buat perkara tersebut, banyakkan amal ibadat untuk persiapan diri..
KUALA LUMPUR - Kiamat bukan satu teka-teki dan orang Islam ditegah daripada mempercayai sebarang teori ramalan mengenai perkara itu sebaliknya perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi detik itu.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perbuatan mempercayai ramalan hari kiamat adalah berdosa kerana tiada seorang pun di dunia ini mengetahui bilakah hari berlaku kiamat.
Menurut beliau, hari kiamat ialah perkara ghaib yang wajib dipercayai orang Islam kerana ia merupakan sebahagian daripada Rukun Iman dan disebut di dalam al-Quran.
"Nabi Muhammad sendiri pernah memberitahu umatnya perkara-perkara yang menandakan hari kiamat telah hampir tiba tetapi tidak menyatakan bila ia akan terjadi.
"Justeru, persoalan utamanya kini ialah bukan bila hari kiamat akan tiba tetapi apakah persiapan yang telah kita lakukan untuk menyambut ketibaannya," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas entri blog johneox.wordpress.com yang bertajuk 2012: Tarikh Keramat Atau Kiamat yang disebarkan melalui Internet sejak kebelakangan ini.
RSS Feed
Twitter
Friday, January 27, 2012
Desperado






1 comments:
bernas.. entri ni......
amalan didahulukan.
Post a Comment