KONGSI PENDAPAT ANDA!

KONGSI PENDAPAT ANDA!

Thursday, January 19, 2012

DALAM GERHANA, PAS MASIH MENGHARAPKAN PORTFOLIO ITU...

Kesian PAS, memang portfolio itu melambangkan siapa PAS sebenarnya, apa tanggungjawab yang perlu dilakukan, serta landasan sebenar perjuangan parti.

Sayangnya, PAS telah dinafikan hak-hak mereka dan kemudian cuba melindungi kekecewaan mereka dengan pelbagai alasan yang tak munasabah.. Paling kesian, calon yang tak terpilih pulak beri komen yang portfolio tersebut telah pun dibincangkan sebelum perlantikan di buat lagi.

Memang lawak la Dr Rani ni buat statement!

Kemudian, Timbalan Pesuruhjaya PAS pula buat statement mengharapkan MB akan menyerahkan semula portfolio keramat itu kepada PAS kerana itu lah satu-satunya portfolio yang boleh membersihkan kembali maruah Pas.
SHAH ALAM - Pas yakin portfolio hal ehwal Islam akan diserahkan kembali kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor yang mewakili parti itu pada "masa yang sesuai", kata Timbalan Pesuruhjaya negeri, Iskandar A. Samad.

Dalam satu kenyataan lewat petang semalam, Iskandar berkata, beliau yakin Menteri Besar Tan Sri Khalid Samad telah membuat keputusan untuk mengambil alih potfolio hal ehwal Islam buat sementara waktu kerana mahu memberi masa kepada Dr Ahmad Yunus Hairi untuk menyesuaikan diri sebagai Exco.

Kenyataan itu menjawab kritikan beberapa pihak terutama Umno yang mendakwa Pas tidak melawan untuk mengekalkan portfolio agama yang disandang sebelum ini.
Kenyataan beliau jelas bercanggah dengan Dr. Rani yang mengatakan bahawa perpindahan portfolio ini telah pun dibincangkan di dalam kepimpinan Pas. Kalau dah diibincangkan, buat apa lagi nak mengharapkan portfolio ini dikembalikan..kantoi la looserr..!

Habih tercalar maruah PAS dek kerana tanggungjawab asal dah terlepas pada yang kurang layak akibat membontoti tanpa bangkangan. Yang ada dok membangkang, dah diterajangnya keluar...kesian..

0 comments:

Archives

Recent Comments

PENAFIAN

© 2008 - 2010 Desperado, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya dan bukan merupakan pandangan profesional mana-mana klien, organisasi atau syarikat di mana PENULIS telah atau sedang berkhidmat atau menjadi salah seorang anggota. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.