KONGSI PENDAPAT ANDA!

KONGSI PENDAPAT ANDA!

Wednesday, January 18, 2012

SMM YANG BODOH TAK BLEH DIAJAR...

Aku nak kata depa ni bodo, semuanya pakat masuk Universiti, orang yang masuk Universiti ni bukannya bodoh, semua pandai-pandai belaka.

Tapi sekarang ni, dua tiga golongan nie asyik sungguh dok menayangkan kebodohan masing-masing yang tersimpan di sebalik kepandaian tu.

Yang pakat-pakat dok gila kejar AUKU daripada pembelajaran (objektif sebenar bila berada di menara gading) tu nak buat apa? Tuntut la ilmu dulu. Bila dah berilmu, kalau nak gila berpolitik, bersyarah pun, buat la, orang pun tak kisah, pasal apa yang dicakapkan itu terkeluar dari mulut orang yang berilmu.

Ini baru lagi dok menuntut ilmu, graduasi pun belum (pakai burn macam gitu ajer la....), bercakap lebih pandai dari profesornya. Ilmu yang digali pulak dari Youtube, haduhai....mangkuk tingkat berkarat punya Mahasiswa!

Kebebasan berakademik macam mana yang nak diperjuangkan? Selama ni pegi kelas/kuliah wajib pakai uniform macam askar ka? Nak masuk kelas kena punch card ka? Nak bercakap pasal apa yang sampai nak bebas sebebasnya?

Owwh...nak bersuara pasal keadaan politik di luar kot? Boleh...tuntutlah ilmu dulu, kemudian mencarut lah di luar sana...sapa pun tak marah...ni dok pi marah dekat YB Azizan pulak dah...haru sungguh puak-puak bodo tak bleh diajar ni..
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini menyuarakan tidak puas hati mereka terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dikatakan sudah berlanjutan hampir dua tahun.

Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Mohd Safwan Anang berkata, janji Pas bersama rakan komponen parti Pakatan Rakyat (PR) selama ini yang kononnya mendesak Putrajaya memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) hanyalah janji kosong semata-mata.

“Kami dah tidak mahu menyerahkan memorandum lagi kerana sudah terlalu banyak memo yang diberikan, justeru sekarang kami mendesak pihak Pas untuk campur tangan isu Kuin kerana sampai sekarang tiada kenyataan rasmi yang mewakili kerajaan Kedah.

“Di mana pendirian Pas Kedah yang juga mewakili PR yang selama ini dicanang-canang konon mahukan kebebasan akademik dan tidak guna pakai Auku, tapi apa yang berlaku sangat bertentangan,” katanya pada sidang media.

Lima penuntut Kuin yang didakwa di bawah kesalahan Auku itu dikatakan melakukan kesalahan menyertai demonstrasi dan memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, kelima-lima mahasiswa itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian.Empat mahasiswa digantung satu semester sementara seorang lagi dua semester bermula Jun tahun lalu.

Sementara itu Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abd Razab menegaskan, penggantungan lima mahasiswa itu disifatkan beliau sebagai diskriminasi terhadap kebebasan akademik.

“Kebebasan mahasiswa bersuara semakin ditindas, semalam 'road show' kami di Kuin juga dihalang daripada masuk ke dalam kolej, kami hanya boleh berjumpa di luar kolej saja, ini sangat bertentangan  dengan hak kebabasan akademik," katanya.

Kira-kira 20 aktivis mahasiswa berkumpul di hadapan ibu pejabat Pas sambil membawa sepanduk tertulis “Bebaskan 5 Mahasiswa KUIN”, “Benarkan Mahasiswa Bersuara”, “Mahasiswa Tolak AUKU” dan “Mansuhkan Akta 174”.

1 comments:

Megat Alam Gempita said...

Siswa Mangkuk Malaun (SMM) ni cuba spin kutuk kerajaan PAS berhubung isu KUIN untuk menunjukkan mereka sebenarnya tak anti kerajaan BN. Dah tahu ini semua taktik murahan fuckatan agar Kerajaan BN simpati, maafkan mereka pastu bagi bantuan dan mereka boleh ler jadi musuh dalam selimut. Pirah!!!

Bebudak hingusan jenis malas belajar dan tercicir akademik ni tak patut dilayan. kalau malas belajar tu, lebih baik jadi budak pembancuh kopi Nuar jer.Buat habis duit pembayar cukai jer bagi PTPTN kat depa. Fungcockhangpa.

Archives

Recent Comments

PENAFIAN

© 2008 - 2010 Desperado, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya dan bukan merupakan pandangan profesional mana-mana klien, organisasi atau syarikat di mana PENULIS telah atau sedang berkhidmat atau menjadi salah seorang anggota. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.