Orang nak berblog, dia pun nak berblog, orang nak bercerita dia pun nak bercerita, orang nak bercakap, dia pun nak bercakap, orang bercakap betul, dia pulak tabur fitnah...
Takpalah, nanti kalau ada ceramah-ceramah PAS, letak la satu tabung, lepas tu labelkan, BANTUAN SAMAN FITNAH, SHARPSHOOTER...
PUTRAJAYA 18 Jan. - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan penulis blog, Amizudin Ahmat, membayar ganti rugi RM300,000 kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim berhubung penyiaran artikel yang memfitnah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Jeffrey Tan Kok Wha yang bersidang bersama Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutus demikian selepas menolak rayuan Amizudin, 42.
Mahkamah bagaimanapun memerintahkan Amizudin yang merupakan anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) membayar kos RM50,000 selepas mengurangkan separuh daripada kos yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
Ketika mengurangkan kos tersebut, Hakim Jeffrey berpendapat, kos RM100,000 itu terlalu tinggi sedangkan kes itu sama pentingnya dengan kes sivil yang lain.
Pada 5 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Amizudin bertanggungjawab memfitnah Rais, 69, menerusi sebuah artikel yang dipaparkan dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.
Sewaktu membacakan keputusan itu, Hakim Jeffrey berkata, panel tersebut sebulat suara bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pernyataan yang disiarkan itu telah memfitnah Rais.
Menurut beliau, pernyataan yang disiarkan semula dalam blog tersebut harus dibuktikan kebenarannya terlebih dahulu, jika tidak ia masih merupakan satu fitnah.
Hakim Jeffrey berpendapat, satu-satunya kebenaran yang terkandung dalam artikel itu adalah berhubung penyiasatan mengenai dakwaan rogol, bukan kebenaran mengenai kejadian itu.
Dalam keputusannya berhubung jumlah ganti rugi, beliau menyatakan, walaupun nilai RM300,000 itu kelihatan tinggi, panel tersebut berpuas hati bahawa ia adalah munasabah selepas mengambil kira status Rais di sisi masyarakat.
Hakim Jeffrey berkata, mahkamah berpendapat, menteri tersebut berkedudukan tinggi sedangkan tuduhan yang dialaminya sangat rendah dan merosakkan reputasinya.
Dalam penghakiman bertulis di Mahkamah Tinggi, Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof berpuas hati bahawa jumlah ganti rugi itu munasabah dan ia ditetapkan selepas mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dibuat oleh Amizudin selaku defendan selain nilai wang semasa.
Hakim Zabariah menyatakan, fitnah itu sangat serius kerana sekiranya seseorang mempercayainya, reputasi Rais akan terjejas bukan sahaja di negara ini bahkan ke peringkat antarabangsa selain memberi kesan dalam kehidupan menteri itu serta keluarganya.
Rais dalam tuntutan samannya menyatakan, pada 28 Disember 2010, Amizudin sama ada secara sendiri mahupun melalui ejen-ejennya telah menyebabkan satu penerbitan artikel bertajuk 'Hei Pak Menteri...mana mau lari...'
Menurut Rais, seluruh kandungan artikel berbahasa Malaysia itu berniat jahat dan memfitnahnya, selain bermaksud atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.
Perayu diwakili oleh peguam R. Sivarasa manakala Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mewakili Rais.
RSS Feed
Twitter
Thursday, January 19, 2012
Desperado






0 comments:
Post a Comment