Wanita dituduh merogol secara oral seorang lelaki dirumahnya!

Desperado | 3/21/2012 | 0 comments

Macam-macam hal yang berlaku dalam dunia ni. Rogol memang membawa maksud yang luas apatah lagi jika ianya membabitkan mangsa lelaki.

Seorang wanita telah diperintahkan hadir ke mahkamah atas tuduhan menceroboh rumah seorang lelaki dan merogolnya.

Rebecca Helen Elder, 39 tahun dari Parkside muncul di Mahkamah pagi tadi.

Beliau mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan dan minta dibicarakan.

Mengikut laporan pendakwaan yang difailkan di mahkamah, kedua-dua pertuduhan tersebut telah berlaku di kawasan pinggir bandar pada tarikh di antara 20 dan 23 September tahun lepas.

Pada perbicaraan tersebut, Elder telah didakwa menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah seorang lelaki.

Pendakwaraya akan meneruskan perbicaraan dengan satu lagi pertuduhan dengan niat, beliau menceroboh rumah lelaki tersebut untuk merogol beliau secara oral.

Hakim menangguhkan perbicaraan pada bulan hadapan dan Elder dibebaskan dengan ikat jamin.

- Adelaide Now

Category: ,

PERINGATAN:
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments