|

Status mesyuarat MAINPP tidak sah?

GEORGETOWN - Mesyuarat pertama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang berlangsung di sini semalam dikhuatiri tidak sah kerana ia dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Salleh Man sedangkan Yang Dipertua MAINPP, Abdul Malik Kassim masih ‘wujud’ dan berada di dalam negeri ini.

Bekas YDP MAINPP, Datuk Shabudin Yahya berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang, mesyuarat MAINPP perlu dipengerusikan oleh Yang Dipertua kecuali atas sebab-sebab tertentu.

Shabudin berkata, perlantikan Abdul Malik sebagai YDP MAINPP itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 10 Februari lalu masih lagi belum terbatal mahupun ditarik balik dan sepatutnya beliau (Abdul Malik) perlu mempengerusikan mesyuarat setiap mesyuarat yang diadakan.

“Timbalan Yang Dipertua boleh memanggil mesyuarat jika tiada Yang Dipertua. Tapi masalah sekarang Yang Dipertua ada, dia tidak tarik diri. Jadi kita anggap Yang Dipertua MAIPP wujud.





“Status mesyuarat hari ini (semalam) menjadi pertikaian sama ada sah atau tidak kerana Timbalan YDP tidak mendapat apa-apa perwakilan dari YDP dan YDP sepatutnya mempengerusikan mesyuarat itu kerana dan tak ada sebab untuk tidak hadir,” katanya pada sidang media di sini.

Sementara itu, Shabudin berkata, mesyuarat berkenaan penting kerana selalunya ia membincangkan perkara seperti urusan tanah, zakat, akidah dan pelantikan hakim.

“Sebagai contoh, jika mesyuarat hari ini memutuskan pelantikan amil maka pelantikan itu tidak sah. Jika tidak sah maka kutipan zakat selepas sini juga tidak sah,” katanya.

Difahamkan, mesyuarat pertama MAIPP berlangsung bermula jam 9 pagi.Bagaimanapun, dua Ahli Majlis Eksekutifnya iaitu Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob dan Mufti negeri, Datuk Seri Hassan Ahmad dikatakan tidak hadir.

Sinar
posted from Bloggeroid
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Share/Bookmark

comments
Posted by Desperado on Jumaat, April 20, 2012. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 ulasan for "Status mesyuarat MAINPP tidak sah?"

Leave a reply



Label

Rodox Dtox Dtox Dtox Rodox Dtox Dtox Dtox
free counters postimage postimage Zo Share

Komentor Terkini

Berita Terbaru

Arkib Blog