'DAP tipu laporan bina rumah kos rendah dan sederhana di Pulau Pinang'
GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa melakukan penipuan besar apabila menyiarkan laporan sudah membina 11,596 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah menerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sejak 2008.Laporan disiarkan buletin rasmi kerajaan negeri, Buletin Mutiara terbitan 1-15 April lalu itu bukan saja tanpa disokong bukti tetapi turut bercanggah dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, pada Ahad minggu lalu.
Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin, berkata kenyataan Buletin Mutiara itu adalah menipu rakyat dengan mendakwa kononnya kerajaan pakatan pembangkang memperjuangkan nasib orang miskin.
Beliau berkata, kenyataan buletin itu bahawa kerajaan pakatan pembangkang sudah membina 11,596 unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah menerusi PDC sejak 2008 adalah cubaan mengelirukan rakyat dan gimik menjelang pilihan raya.
“Laporan itu bertentangan dengan kenyataan Guan Eng di KOMTAR, 29 April lalu yang mengakui kerajaan negeri hanya membina 1,194 unit rumah kos rendah dan 2,227 kos sederhana rendah, manakala selebihnya iaitu 2,612 rumah kos rendah dan 5,563 rumah kos sederhana rendah dibina pihak swasta.
“Jadi, kenyataan disiarkan Buletin Mutiara itu adalah penipuan paling hebat dalam sejarah DAP untuk mengelirukan rakyat Pulau Pinang dengan Guan Eng bertanggungjawab sepenuhnya.
“Kami yakin DAP akan terus memutarbelitkan fakta dikemukakan mereka sendiri apabila perkara ini didedahkan dan kami mahu Guan Eng meminta maaf secara terbuka terhadap penipuan itu,” katanya di sini, semalam.
Selain itu, Shaik Hussein berkata, langkah kerajaan negeri menumpukan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana rendah di kawasan Batu Kawan, Seberang Prai jelas membuktikan kerajaan pembangkang mengamalkan dasar pecah dan perintah.
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.















