(Gambar) Babak aksi ghairah Nora Danish dan Rusdi Ramli

Desperado | 5/20/2012 | 0 comments

Ini adalah sedutan di set pengambaran filem yang dikatakan penuh dengan aksi ranjang Nora Danish dan Rusdi Ramli.

Filem berjudul Mencari Cinta yang diarahkan oleh Shirin Khuzaimi buat pertama kalinya telah menggandingkan dua orang pelakon popular iaitu Rusdi Ramli dan Nora Danish.

Namun begitu, pihak media yang berkesempatan menonton sebahagian sedutan filem berkenaan dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di Ipoh, Perak, mendapati banyak adegan romantik dan ranjang yang membabitkan kedua-dua pelakon berkenaan.
Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20, Rusdi ketika ditemui berkata dia sendiri tidak menyangka perlu melakonkan adegan yang pastinya mampu mencipta sensasi apabila ditayangkan nanti.




“Biarpun sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan, tetapi bukan mudah untuk saya melakonkan adegan romantik dan ranjang. Apatah lagi melakukannya dengan pelakon cantik seperti Nora Danish dan saya pula sudah berumah tangga.

“Bagaimanapun, saya anggap setiap babak yang kami lakonkan itu sebahagian daripada tuntutan kerja. Lagipun, sebelum memulakan sesuatu babak itu saya dan Nora banyak membuat perbincangan,” ujar suami kepada komposer Sharon Anne Paul Abdullah.

Category: , ,

PERINGATAN:
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments