|

Liverpool FC perkenalkan jenama terbaru jersi, Warrior Sports

LIVERPOOL 11 Mei - Kelab bola sepak terkenal England, Liverpool FC semalam melancarkan jersi baru mereka oleh Warrior Sports bagi musim 2012/13 Liga Perdana Inggeris.

Menurut kenyataan rasmi kelab itu di liverpoolfc.tv, ia juga menandakan permulaan kepada perjanjian enam tahun bernilai 25 juta pounds (RM125 juta) setahun untuk LFC, sekali gus rekod terbesar dalam Liga Perdana.

Warrior Sports, adalah firma Amerika Syarikat (AS) yang mengambil alih dari adidas sebagai pembekal pakaian rasmi kelab berkuat kuasa 1 Jun ini.

Warrior adalah jenama yang dikenali di AS sebagai pengilang alat dan pakaian sukan bagi hoki ais dan dengan LFC, merupakan kontrak bola sepak terbesar pertama baginya.

Liverpool menjual kira-kira sejuta jersi di seluruh dunia setiap tahun dan kontrak bersama Warrior Sports adalah lebih dua ganda berbanding 12 juta pounds setahun yang dimeterai bersama adidas.

Gambar terkini jersi Liverpool itu boleh dilihat dengan melayari laman web rasmi kelab iaitu di http://www.liverpoolfc.tv/lfchomekit
posted from Bloggeroid
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Share/Bookmark

comments
Posted by Desperado on Jumaat, Mei 11, 2012. Filed under .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 ulasan for "Liverpool FC perkenalkan jenama terbaru jersi, Warrior Sports"

Leave a reply



Label

Rodox Dtox Dtox Dtox Rodox Dtox Dtox Dtox
free counters postimage postimage Zo Share

Komentor Terkini

Berita Terbaru

Arkib Blog