'Pengkhianat negara' beri keterangan di SPRM
PUTRAJAYA: Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez hari ini memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kenyataan yang dibuat dalam satu temu bual yang disiarkan oleh akhbar 'The Jakarta Post', Isnin lalu.Beliau, yang dipanggil SPRM untuk memberi keterangan, ditemani ahli keluarga dan peguam tiba di perkarangan Kompleks SPRM kira-kira 9.15 pagi tadi.
Dalam temu bual selama 90 minit itu, Fernandez diminta memberi maklumat lanjut mengenai dakwaan beliau bahawa Malaysia sebuah negara yang tidak selamat untuk pekerja Indonesia kerana tiada undang-undang khusus menjaga kebajikan pekerja.
Semalam, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata kehadiran Fernandez bukan untuk tujuan siasatan. - BERNAMA
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.















