Budak lelaki 12 tahun rogol anak jiran lepas tonton video lucah di internet

Desperado | 6/01/2012 | 0 comments

Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun telah dilepaskan dari penjara semalam.

Walaupun begitu, mahkamah tetap memerintahkan beliua ditahan di pusat tahanan kanak-kanak untuk pemantauan jangka panjang.

Pelajar sekolah yang kini berusia 14 tahun itu memberitahu pihak polis bahawa beliau telah merogol kanak-kanak perempuan kerana "ingin merasa dewasa" itu setelah menonton filem lucah di internet.

Beliau kemudiannya mahu meniru aksi di dalam video lucah tersebut dengan menyerang anak perempuan jirannya.

Semalan, peguam beliau telah memberi amaran bahawa kes ini adalah satu daripada kes yang dilaporkan kerana banyak lagi kejadian yang tidak dapat dikesan.

Kejadian yang keji ini telah membuka mata pelbagai pihak untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenai bahawa bahan-bahan lucah terhadap pemikiran kanak-kanak jika ianya tidak dibendung.

Kes yang mengejutkan ini terbongkar apabila mangsa yang berasal dari Kepulauan Skye, Scotland berasa tidak sihat dan memberitahu ibunya beliau takut ada 'bayi' di dalam perutnya.

Ibunya kemudian bertanyakan apa yang terjadi padanya dan terkejut dengan perbuatan budak lelaki tersebut dan membuat laporan polis.

Siasatan polis telah mendapati budak perempuan tersebut telah dirogol beberapa kali dilaman rumahnya diantara bulan Disember 2010 dan Januari 2011.

Budak lelaki tersebut turut merogol mangsa di dalam bilik tidurnya dihadapan rakannya yang sama usia dengannya.

Ketika disiasat oleh polis, budak lelaki tersebut menunjukkan beberapa laman web lucah yang telah dilawatinya dan apabila ditanya mengapa beliau menyimpannya, beliau menjawab 'ingin merasa dewasa' dan 'kepuasan'.


DM

Category: ,

PERINGATAN:
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments