(Gambar) Wajah terbaru Ras Adiba Radzi setelah membotakkan kepalanya

Inilah penampilan terbaru personaliti TV dan pembaca berita senior, Ras Adiba Radzi yang telah dirakamkan baru-baru ini.

Difahamkan, Ras Adiba Radzi telah membotakan kepalanya sebagai menyokong usaha Majlis Kanser Nasional atau lebih dikenali sebagai Makna menerusi kempen Jom Botak bagi membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.




Apa yang menarik, rambut di kepala Ras Adiba Radzi telah dipotong di salun A Cut Above oleh pemilik salun itu sendiri, Winnie Loo.

Sumber memberi tahu, Ras Adiba Radzi langsung tidak kisah seandainya tindakannya itu akan menjejaskan kerjayanya kerana apa yang lakukannya itu demi membantu golongan yang di dalam kesusahan.

Kempen Makna itu telah berjalan sejak sebulan lalu dan pihak berkenaan berharap agar kempen Jom Botak itu akan dapat memenuhkan tabung Makna sekitar RM50,000.

- murai
Previous
Next Post »
Thanks for your comment