6/23/2012
1
Seorang wanita yang telah merakamkan video seksnya bersama anak lelaki yang berusia 16 tahun setelah mereka dipertemukan semula selepas 15 tahun berpisah, mendakwa, perbuatannya itu bukanlah sumbang mahram, sebaliknya ianya satu 'tarikan genetik'.

Mistie Rebecca Atkinson, 32, dijatuhkan hukuman penjara empat tahun lapan bulan oleh Mahkamah Tinggi Napa County, California pada Rabu lepas.

Semuanya terbongkar apabila beliau dan anaknya dikantoikan di dalam sebuah bilik motel di Ukiah, California sedang merakamkan aksi seks oral melalui kamera telefonnya.

Pihak berkuasa juga menemui foto-foto bogel Atkinson yang dihantar kepada anaknya di dalam akaun Facebook beliau. Beliau mendakwa tidak berjumpa dengan anaknya semenjak 15 tahun yang lalu.

Di dalam rayuan bertulis yang dibacakan di mahkamah, Atkinson mendakwa perbuatannya itu bukanlah sumbang mahram.
Telefon bimbit yang digunakan adalah #NokiaLumia900
"Saya rasa, saya tidak patut didakwa atas kesalahan sumbang mahram kerana ada satu kuasa yang dipanggil 'tarikan genetik' yang amat kuat yang terjadi kepada 50 peratus manusia yang ditemukan semula dengan sanak saudara yang telah lama tidak berjumpa," tulisnya.

Satu kajian ringkas dilakukan mengenai tarikan seksual genetik telah dilakukan. Tetapi sesetengah ahli psikologi berkata, ahli keluarga yang dipisahkan terlalu lama akan menyebabkan tarikan seksual ini berlaku hanya kepada mereka yang telah dewasa.

Beliau dilaporkan langsung tidak berhubung langsung dengan anaknya hinggalah bermula pada tahun lepas, dia mula menghantar mesej-mesej lucah kepada anaknya itu melalui lama sosial Facebook.


Anak lelakinya itu yang kini tinggal dengan ayahnya pada masa itu sedar bahawa Atkinson adalah ibunya. Namun begitu, Atkinson tidak mempunyai hak penjagaan ke atas anaknya itu.

Hubungan seksual mereka mula terbongkar apabila pihak polis menerima laporan keganasan rumahtangga antara Atkinson dan teman lelakinya di Nice, California.

Hubungan beliau dan anaknya pula mula terbongkar apabila saudara mara anak lelakinya itu melaporkan beberapa mesej tidak senonoh di antara beliau dan ibunya Atkinson.

Polis menemui video dari telefon bimbit anak lelakinya yang menunjukkan Atkinson sedang melakukan hubungan seks dan juga seks oral bersamanya.

Atkinson juga telah menghantar gambar-gambar bogelnya kepada anak lelakinya itu seperti mana yang dilaporkan oleh dokumen mahkamah itu.

DM

1 comments:

  1. hai dunia dh makin parah dengan tingkah laku manusia yang dah tak bertamadun

    BalasPadam