|

Kejohanan Bola Sepak Asia B-22, Malaysia tewaskan Chinese Taipie 4-2



KUALA LUMPUR 28 Jun - Malaysia mencatatkan kemenangan kedua pada Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22) apabila menumpaskan Taiwan 4-2 di Stadium Aung San, Myanmar hari ini.

Ia merupakan perlawanan ketiga pasukan negara apabila sebelum ini Malaysia kalah 2-3 kepada Korea Selatan, Sabtu lepas sebelum bangkit mencatatkan kemenangan pertama membelasah Filipina 7-0 pada Isnin.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi pemain Sabah, Rozaimi Abdul Rahman sebelum pemain Taiwan Chen Yen-Jui menjaringkan gol sendiri pada minit ke-32 untuk memastikan skuad negara selesa dengan kelebihan dua gol.

Rozaimi sekali lagi menampilkan aksi cemerlang apabila menjaringkan gol kedua peribadi dan ketiga buat skuad negara pada minit ke-40 sebelum Taiwan berjaya menembusi gawang negara menerusi Lin Chang-Lun pada minit ke-50.

Pemain tengah D. Saarvindran menambah derita pasukan Taiwan apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-78 sebelum Taiwan menyumbat masuk gol kedua mereka pada masa kecederaan menerusi Wen Chih-Hao.

Skuad muda negara bakal berdepan laluan sukar Sabtu ini apabila dijadualkan bertemu pasukan Vietnam yang membelasah Filipina 9-0 dalam satu lagi perlawanan kumpulan G yang berlangsung di Stadium Thuwunna hari ini. - BERNAMA
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Share/Bookmark

comments
Posted by Desperado on Khamis, Jun 28, 2012. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 ulasan for "Kejohanan Bola Sepak Asia B-22, Malaysia tewaskan Chinese Taipie 4-2"

Leave a reply



Label

Dtox Dtox Dtox Rodox Dtox Dtox Dtox
free counters postimage postimage Zo Share

Komentor Terkini

Berita Terbaru

Arkib Blog