Nizar urusan Pas dan Johor adalah negeri yang ketinggalan! - Hj Hadi
BATU PAHAT – Pas meminta agar pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) menguruskan parti mereka sendiri dan tidak campur tangan hal berkaitan dengan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, termasuklah hukuman yang bakal dikenakan ke atas beliau kerana kenyataan yang dikeluarkan terhadap Sultan Johor, SultanIbrahim Sultan Iskandar.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, apa juga hukuman bakal dikenakan terhadap Nizar adalah hak Pas, bukannya hak Umno atau BN menentukannya.
Menurutnya, Pas tidak perlu tunduk kehendak Umno dan BN, begitu juga dengan nasihat yang diberikan.
“Baru-baru ini, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan ada beri pandangan berkaitan dengan hukuman yang bakal dikenakan terhadap Nizar, tetapi itu kata-kata dia, hukuman yang bakal dikenakan adalah hak kita.
“Ini parti kita, dia patut serah pada kita menentukannya dan kita juga tidak perlu sesekali dengar nasihat dia (Ahmad Maslan),” katanya pada Jamuan Rakyat Sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Dataran Pas Tongkang Pechah, semalam.Hadir sama, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, Pas akan uruskan partinya sendiri untuk jadi lebih kuat dan sistematik.
Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menyatakan, rakyat Johor perlu berubah dengan menyokong pakatan pembangkang sekiranya tidak mahu ketinggalan dan menjadi seperti ‘ekor cicak’.
“Johor akan jadi macam ekor cicak... ekor cicak kita taulah macam mana jika putus...macam tulah juga Johor jika tidak berubah," katanya.
Katanya, sekarang ini sudah banyak negeri, termasuk anggota polis dan tentera yang berubah beri sokongan kepada pakatan pembangkang.
"Ramai telah berubah sekarang ini, termasuk tentera dan polis, tetapi Johor tidak berubah. Ini membuatkan Johor ketinggalan," katanya.
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
















Memang sah PAS Cuma tunduk pada DAP shj. Hj Hadi sedang diuji Allah.... Memang confirm Presiden PAS tu bukan jauhari dan memang tak ada skill mengenal maknikam.... Tak boleh nak beza negeri maju dan negeri mundur.. Mungkin perasan negeri Kelantan maju dan Trengganu maju masa PAS perintah sekejap. Hakikatnya, fakta ekonomi mereka sanggah... PAS yang mundur...tahu fitnah, bangkang, mengumpat dan gaduh saje
Yang mundur depa kata maju, yang maju depa kata ketinggalan kat belakang.
Yang Islam mereka kafirkan, yang kafir mereka sokong.... Nauzubillah...
ALAHAI, RASE CAM NAK TEKENTUT AKU BACA cetusan rase hadi. Hadi oiii, yg pastinye ko n parti ko (parti ajaran sesat n menyesatkan) akan terima nasib lebih malang dari sblum 2008; bukan setakat dijohor. Dari komen ko pun dah bole nampak kejahilan ko mentakrifkan "maju" vs mundur" or ko cuma nak sedapkan ati k yg sedang bekecamuk oleh kesedaran terserlahnya asas perjuangan parti "musang" berbulu manusia!!!