|

Peruntukan dan kemudahan untuk Menteri Besar itu rasuah ke Nik Aziz?

Nik Aziz hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak langsung pernah menggunakan peruntukan menteri besar yang diberikan dan disediakan kepadanya.

Katanya, itu salah satu langkah beliau untuk menjauhkan diri daripada gejala rasuah.

Kenapa Nik Aziz katakan kemudahan yang disediakan kepada menteri besar itu rasuah?

Bagaimana pula dengan elaun yang Nik Aziz terima?

Adakah Nik Aziz turut bertindak seperti Sultan Johor yang mewakafkan ke semua elaun-elaunnya ke dalam yayasan untuk membantu rakyat?

Nik Aziz ni, kadang-kadang bercakap macam tak faham maksud sebenar rasuah dengan apa yang disediakan untuk jawatannya.

Oklah, kalau Nik Aziz mahu bercakap mengenai cara-cara menangani rasuah bermula dari dalam diri dan bukan undang-undang semata-mata, kita boleh la terima.

Tapi apa pula sangkut paut dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan? Apa pula hubungan signifikan di sini?

Nik Aziz kata, pembantu rumah dia cari sendiri, kereta sepatutnya dua, dia ambil satu sahaja. Nik Aziz kata lagi dia tidak ambil semua kemudahan tersebut sebab takut masuk neraka, pulak dah, habih semua menteri besar dalam Malaysia masuk neraka pasal guna kemudahan yang disediakan...adoiih!

Jangan la buat kenyataan yang menyerabutkan lagi rakyat...


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan usaha membersihkan pentadbiran beliau daripada rasuah bermula dari dirinya sendiri.

Menurutnya, beliau tidak pernah menggunakan peruntukan menteri besar seperti kenderaan untuk ahli keluarga, rumah, perabot dan kemudahan lain.(apa kena mengena dengan rasuah?)

Beliau berkata, menteri besar tidak boleh mengambil rasuah kerana mereka juga seorang manusia yang akan dihitung sama ada masuk syurga atau neraka.

“Saya tidak ambil kerana saya tahu pegang jawatan ini (menteri besar), sama ada masuk syurga atau neraka, saya tidak mahu masuk neraka.

“Pembantu rumah pun saya cari sendiri, pengawal keselamatan tiada, kereta yang sepatutnya dua, saya ambil satu sahaja, malah kereta keluarga saya beli sendiri,” katanya dalam ucaptama Wacana Ilmu Buku Rasuah, di sini, semalam.(apa kena mengena dengan rasuah?)

Beliau berkata, rasuah tidak dapat dihapuskan melalui undang- undang, sebaliknya melalui perubahan akhlak dalam diri sendiri.

“Perkara ini mesti difikirkan oleh rakyat kerana selagi sekular menguasai manusia tiada agama, masalah tidak akan selesai,” katanya.

Mengulas dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT), beliau memberi jaminan tidak akan menghalang anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu disiasat.

“Sesiapa hendak siasat, 25 jam saya bagi, bukan 24 jam,” katanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada 24 Jun lalu memberi tempoh tiga minggu kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan terbabit.

Awang Adek berkata, hasil siasatan terhadap pengeluar mata wang dinar dan dirham itu harus didedah kepada rakyat, dan jika ada pihak yang mempertikaikannya, kementerian akan mengarah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan. KGT adalah anak syarikat PMBK yang mengeluarkan, menempa, mengedar, menjual syiling dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan.

Sinar
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Share/Bookmark

comments
Posted by Desperado on Rabu, Jun 27, 2012. Filed under , , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 ulasan for "Peruntukan dan kemudahan untuk Menteri Besar itu rasuah ke Nik Aziz?"

  1. at least dia xmembazir. tu pn xleh pikir ker.

Leave a reply



Label

Rodox Dtox Dtox Dtox Rodox Dtox Dtox Dtox
free counters postimage postimage Zo Share

Komentor Terkini

Berita Terbaru

Arkib Blog