(Gambar) Gadis yang merasuah seks profesornya untuk dapat gred terbaik

Desperado | 7/29/2012 | 0 comments

Seorang yang 'bermotivasi tinggi' dan 'gemar bersaing' adalah dua sifat yang digambarkan oleh bekas teman sekuliah Darinne Ko Wen Hui, pelajar yang terlibat dengan rasuah seks bersama prfessornya di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).

Semalam (27/7), Tey Tsun Hang, 41, didakwa dengan dua tuduhan mendapatkan kepuasan seks daripada bekas pelajar tahun empat, Darinne Ko Wen Hui, selain memperoleh pen Mont Blanc bernilai Sg$740 (RM1,872), dua kemeja bernilai Sg$236.20 (RM597.40), iPod dan bayaran bil bernilai Sg$1,278.60 (RM3,234).

Straits Times melaporkan seperti mana dipetik daripada dokumen mahkamah, barangan itu dikatakan sebagai insentif bagi menunjukkan kecenderungan penilaiannya terhadap prestasi Darinne.

Tey ditahan April lalu oleh pegawai Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) selepas mendapat maklumat. Darinne yang dipercayai menjalani latihan amali di sebuah firma guaman di luar negara telah disoal siasat pegawai CPIB, tetapi tidak ditahan.




Dia dikatakan menemui Tey untuk memperoleh gred yang baik bagi kursus elektif diajar Tey sebelum ditawarkan dengan persetujuan untuk melakukan hubungan seks bersamanya.

Menurut laporang Straits Time lagi, Ko dikenali sebagai pelajar yang aktif di dalam perbincangan dalam kuliah dan sering bertemu dengan pensyarah setiap kali tamat kelas.

Ko juga telah tamat pengajiannya dalam jurusan undang-undang dengan mendapat keputusan kelas dua tinggi dengan kepujian.






Category: ,

PERINGATAN:
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments