Isu Foto Zed Zaidi: Mamat Sepah tunjuk samseng dalam twitter
Masih enggan mengakui kesilapannya, Mamat Sepah masih cuba untuk menegakkan benang yang basah di akaun Twitter miliknya @mamatsepah apabila beberapa pengguna Twitter telah menempelak perilakunya awal pagi semalam.
Awal pagi semalam, Mamat telah memuat-naik foto yang memaparkan pelakon yang juga Presiden Seniman, Zed Zaidi mengalami kemalangan. Foto pelakon itu yang berlumuran darah dan mengenakan sokongan leher telah dimuat naik sekitar pukul 12 tengah malam.
Ekoran foto tersebut yang disahkan sebagai palsu oleh Datuk Shah Reza beberapa minit kemudian, foto tersebut merupakan salah satu adegan penggambaran untuk sebuah telefilem yang berjudul Hijrah Jahiliyyah.
Ekoran foto tersebut yang disahkan sebagai palsu oleh Datuk Shah Reza beberapa minit kemudian, foto tersebut merupakan salah satu adegan penggambaran untuk sebuah telefilem yang berjudul Hijrah Jahiliyyah.
Namun, kenyataan penafian tidak dikeluarkan oleh pihak Mamat Sepah sendiri setelah menyedari ia merupakan satu berita palsu.
Tindakan tidak bertanggungjawab tersebut telah menyebabkan pelbagai pihak kelam-kabut untuk mendapatkan kesahihan berita tersebut.
Sikap mengambil lewa Mamat dilihat sebagai satu sifat yang tidak bertanggungjawab. Jelas tidak mahu mengakui kesilapannya, Mamat turut memberikan komen-komen berbaur ugutan terhadap maklumbalas yang diterimanya menerusi akaun Twitter miliknya.
Ini termasuk mengajak beberapa pengikut yang memberikan maklumbalas negatif untuk bertemu secara empat mata dan bertumbuk. Kepada maklumbalas yang diberikan oleh @Hazrey, Mamat Sepah telah menjawab maklumbalas tersebut dengan mengeluarkan kenyataan berunsur mencarut.

Menurut pandangan GUA, tidak sukar untuk meredakan ketegangan yang telah berlaku. Dengan satu permohonan maaf di akaun Twitter miliknya, akan meredakan segala kekusutan dan kekeliruan yang telah berlaku.
Masalah yang telah ditimbulkan susulan tweet tersebut cukup besar kerana ia melibatkan orang kuat dalam industri hiburan tempatan.
Masalah yang telah ditimbulkan susulan tweet tersebut cukup besar kerana ia melibatkan orang kuat dalam industri hiburan tempatan.
Untuk kejadian terperinci mengenai isu ini, sila layari Hazrey.com di Hazrey - Pelawak Mamat Sepah Tidak Melawak Dengan Tingkahlaku Gangster dan Hazrey - Drama Zed Zaidi Selepas Drama Permit.
Gua.com.my
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




















pukimak hang la mamat..tunjuk gengster kunun...."haikkk ptuihhh"
pasal nih la kene buang dari sepah... memang padan...
Think positive... itu bkn tunjuk gangster tapi propa... macam iklan kat tv tiap hari.. that's marketing strategies... bagus artis macam ni.. baru bole pergi jauh industri perfileman malaysia... ianya lebih baik berbanding bagi info mengatakan yg org dah mati sedangkan orang tu masih sihat walafiat walau pun dah kat spital sebab masalah kesihatan, bukannya tgh shooting watak yang dh mati yg sememangnya perlukan publisiti utk menarik perhatian bakal penonton... So bila dah macam ni bukan ke ramai org yang tertunggu-tunggu nak tgk cerita Hijrah Jahiliyyah tu... bukan ke bagus tu...