|

'Jangan salahkan kami' - SYABAS

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini menafikan dakwaan kononnya pihaknya tidak menjalankan tanggungjawab mengikut perjanjian konsesi.

Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikalnya, Ir V Subramaniam berkata, tuduhan dibuat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam tidak berasas kerana mendakwa Kerajaan Selangor menjadi punca berlakunya krisis bekalan air di sebahagian kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Krisis itu berlaku disebabkan kekurangan bekalan air terawat untuk diagihkan Syabas akibat daripada keengganan Kerajaan Selangor melulus dan melaksanakan projek untuk menambah bekalan air terawat di negeri ini.

“Keengganan Kerajaan Selangor mengeluarkan arahan pembangunan kepada projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan kegagalan mereka menggazetkan pelarasan tarif yang telah ditetapkan dalam perjanjian konsesi juga menyumbang kepada faktor ini,” kata beliau pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu, dipetik Bernama, Subramaniam juga berkata, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, yang mengatakan keadaan bekalan air mentah di empangan sedia ada mencukupi
sehingga melimpah, adalah tidak tepat dan mengelirukan.

"Sebenarnya isu kekurangan bekalan air merujuk kepada air terawat untuk memenuhi keperluan pengguna," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan pimpinan Khalid itu mengarahkan pembekuan perbelanjaan modal Syabas, dan ini turut membantutkan usaha syarikat itu untuk mengurangkan kadar kehilangan air tanpa hasil.




Subaramaniam berkata perkara itu telah dimaklumkan melalui sembilan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah sejak dua tahun lepas.

"Setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah, kerajaan negeri yang menguasai 30 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan, turut dimaklumkan menerusi wakilnya mengenai kedudukan bekalan air yang kritikal, tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan Selangor sehingga kini," tambahnya.

Pada masa yang sama, Subramaniam menjelaskan kegagalan kerajaan Selangor untuk mewartakan perlarasan tarif, telah menyebabkan tanggungan tertunggak Syabas kepada operator loji rawatan air.
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Share/Bookmark

comments
Posted by Desperado on Selasa, Julai 17, 2012. Filed under , , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 ulasan for "'Jangan salahkan kami' - SYABAS"

Leave a reply



Label

Dtox Dtox Dtox Rodox Dtox Dtox Dtox
free counters postimage postimage Zo Share

Komentor Terkini

Berita Terbaru

Arkib Blog