Kembalinya Dominasi Mahathirisme, LKS
"Jika dahulu untuk masuk kerja kerajaan diploma hanya melibatkan universiti awam tetapi sekarang ini diploma daripada Kolej Tuankua Abdul Rahman, kita kena terima."~ Tun Dr Mahathir.
Apa yang TD Mahthir mahu cakap ialah kouta penjawat awam ialah untuk Melayu seperti yang telah dipersetujui bapa-bapa kemerdekaan kita.
Lim Kit Siang seperti selalu cuba membakar api perkauman dalam blognya, (http://blog.limkitsiang.com/2012/07/10/return-of-mahathirism-triumphant/) dengan memanipulasikan kenyataan peribadi TD Mahathir, seperti juga kenyataan dua pengetua dan pegawai perdana menteri yang di ulang-ulang dalam blog nya untuk kasi Cina marah.
Lim bercakap di bawah tiket ancaman negara bangsa, yakni TD Mahathir mengancam bangsa Malaysia yang mahu dijuangkan DAP.
Walaupun MCA yang dibelakang Kolej TAR tetapi apabila merugikan orang Cina Lim tidak berkompromi.
Tuntutan melampau Dong Zong,
1. Tidak mahu berinteraksi dengan bangsa-bangsa lain dengan menolak cadangan sekolah wawasan yang akan mencampurkan sekolah Melayu, Cina dan Tamil dalam satu kawasan.
2. Menolak guru-guru bangsa lain dari mengajar di sekolah-sekolah Cina secara halus dengan meletakkan peraturan mewajibkan semua guru sekolah Cina mempunyai credential bahasa Cina.
3. Menghina bahasa kebangsaan secara halus dengan mahu bahasa Mandarin menjadi baha pengantar sekolah-sekolah Cina walaupun berada di bumi Malaysia.
Pernahkah anda dengar atau membaca Lim mengulas tuntutan Dong Zong di atas? Sudahlah tuntan mereka jelas berbaur perkauman malahan lansung tidak membantu perpaduan jauh sekali membina negara bangsa. Tetapi kenapa Lim dan DAP diam akan hal ini?
Kerana tuntutan tersebut menguntungkan bangsanya, maka Lim mengambil pendekatan memejamkan mata dan membiarkan Dong Zong melakukan bahagiannya dan Lim dan DAP melakukan bahagiannya pula, satu menyerang dari kiri dan satu menyerang dari kanan.
Kedua-dua 'D' tersebut walupun kelihatannya tidak berdakapan bila berjumpa tetapi semestinya melemparkan senyuman dan mengejit mata bila berselisih.
Kek Melayu mereka mahu, kek mereka tak boleh kongsi lo.
Junah@ twitter.com/opshield
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.














