Panas! KPPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah akhirnya dipecat...
Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah, mengesahkan beliau tidak bersara tetapi perkhidmatannya dalam kerajaan ditamatkan.
KSN pulak tak disambung kontraknya tapi dialihkan ke lain.
Aku rasa, ini semua pasal SBPA yang terkantoi dan memalukan kerajaan tempoh hari la ni.
Selepas pembatalan SBPA, banyak suara-suara bawah tanah, malah dalam parlimen pun bergema dengan gesaan kedua-dua mastermind perkhidmatana awam ini diambil tindakan sewajarnya.
Takkanlah tiba-tiba nak diberhentikan dengan tiba-tiba...ye tak?
Berikut adalah 'ucapan' perpisahan beliau di akaun FB beliau
Jumaat 30 Jun 2012 bersamaan 10 Syaaban 1433H merupakan hari dan tarikh yang amat bermakna bagi saya. Hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai KPPA, menandakan tamatnya perkhidmatan saya selaku penjawat awam, setelah berkhidmat selama hampir 35 tahun.
Sepanjang tempoh masa tersebut saya melihat dan mengalami sendiri perubahan yang berlaku dalam perkhidmatan awam dan amat berbangga dengan sumbangan dan pencapaian semua yang terlibat.
Di kesempatan ini saya memohon berbanyak maaf diatas segala kesilapan yang telah dilakukan, bukan kerana sengaja atau bermaksud untuk menganiaya sesiapa, tetapi kerana kelemahan saya sebagai manusia biasa. Yang Maha Sempurna hanyalah ALLAH SWT.
Mulai 1 Julai 2012 saya merupakan rakyat biasa yang akan menjadi pelanggan kepada tuan/puan penjawat awam untuk mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan. Saya berharap pada ketika itu hasil kerja cemerlang penjawat awam selama ini akan terus menjadi budaya yang sentiasa disebut dan mendapat pujian ramai.
Saya mendoakan yang terbaik untuk semua penjawat awam dan pencapaian yang lebih cemerlang di masa mendatang.
Bagi rakan-rakan yang ingin menghubungi saya bolehlah email ke abubakar160255@gmail.com
Wassalam.
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
















CUKUP CUKUPLAH TUU....HIDUP KITA PUN BUKAN UNTUK MENONGKAT DUNIA. PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI, BAGILAH PELUANG ORANG LAIN PULAK.
Aduiii , bertuah nye pas , ada seorang lagi bakal calun boleh menang !!!
KSN, KPPA yang baru dapat menyiasat penyelewangan rasuah di Kem Pengajian Tinggi Jab Politeknik dan Politeknik KPP JPP KSU KPT melindungi perasuah(rujuk audit negara.audit KPT dan SPRM)ada kes malah pegawai tersebut naik pangkatdanugerah APC dan salah guna kuasa pegawai atasannya juga pro pembangkang, ada yang tak kena.. wslam,slmt bertugas, ambil iktibar apa yg terjadi
Nasib TS Bakar hampir sama dgn nasib sy..sy di AADK, resign tahun 2012 awal sikit dari beliau...sy redha dgn ketentuan Allah..sy amat sayang jwtan tu..sy menangis di saat tandatangan surat resign 24 jam..demi maruah dan keluarga.
Nasib sy dan beliau hampir sama, saya di AADK, resign 24 jam sbb maruah dan keluarga.sy hrp TS Bakar redho sbb ini semua adalah ketentuan ALLAH.