|

Pelaburan Internet, Pelakon Ady Putra ditipu RM19,000

KUALA LUMPUR: “Saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat,” kata pelakon popular, Ady Putra, 31.

Pelakon berasal dari Singapura itu yang sering membintangi drama dan filem di negara ini berkata demikian ketika mengulas mengenai kerugian RM19,000 dialaminya kerana ditipu selepas melabur dalam satu pelaburan di Internet.

Menurut Ady, apa yang berlaku suatu yang bersifat peribadi dan dia dinasihatkan polis supaya tidak menceritakan kejadian itu secara terbuka kepada pihak media mahupun peminat.

“Tolong hormati pendirian saya kerana apa yang berlaku sudah menjadi kes polis. Apa yang boleh saya katakan, perkara itu kini menjadi milik kerajaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.




Ady yang turut membintangi filem pecah panggung, KL Gangster kini sedang menjalani penggambaran filem Balistik terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd di sekitar ibu kota, mengatakan kejadian itu boleh memberikan kesan pada dirinya secara peribadi termasuk karier seni.

Metro

p/s: Macho habis, duit punya pasal, cair jugak! Meh dengan lagu-lagu dalam album INI, kot-kot boleh segar minda dari dok teringat Freemason dengan Illuminati aja!


PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Share/Bookmark

comments
Posted by Desperado on Selasa, Julai 31, 2012. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 ulasan for "Pelaburan Internet, Pelakon Ady Putra ditipu RM19,000"

Leave a reply



Label

Dtox Dtox Dtox Rodox Dtox Dtox Dtox
free counters postimage postimage Zo Share

Komentor Terkini

Berita Terbaru

Arkib Blog