Pusat tolak hasrat Selangor ambil alih Syabas

PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini menolak permohonan yang dibuat oleh Kerajaan Selangor untuk mengambil alih pengurusan syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini memandangkan kedua-dua pihak terbabit gagal mematuhi perjanjian konsesi yang telah dimertai.Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Jawatankuas Khas Kabinet mengenai isu air Selangor.

Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu berkata, soal pengambilalihan Syabas tidak boleh dilakukan kerana kerajaan negeri Selangor tidak mematuhi beberapa perkara dalam perjanjian konsesi, termasuk membenarkan kenaikan tarif air.

"Ini tidak boleh dipertimbangkan kerana ada beberapa perkara yang substantif dan (membabitkan) prosedur yang tidak boleh dipenuhi kerajaan negeri Selangor dan Syabas.

"Kita akan meminta pandangan muktamad daripada Peguam Negara dan Peguam Negara akan membuat keputusan muktamad," katanya.Hadir sama pada mesyuarat hari ini ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Idris Jala.





Sinar
Previous
Next Post »
Thanks for your comment