|

Rompakan paling seksi VS Rompakan paling bangang!

Dua kisah rompakan dari aspek yang hampir sama, tapi penyudahnya berlainan

Kisah rompakan bangang di Thailand

Di Thailand, kegiatan tiga lelaki warga Britain mencuri mesin ATM di negara itu sejak pertengahan bulan lalu berjaya dipatahkan pihak berkuasa.

Dua daripadanya diberkas sementara seorang lagi menghilangkan diri.

Kedua-dua suspek dikenali sebagai Alexander Milbourn, 25 tahun, dan Shaun Edward Tracy, 34 tahun.

Semua suspek bertanggungjawab melakukan rompakan mesin ATM di tiga buah cawangan bank di Pattaya, pada 14, 21 dan 28 Jun lalu.

Mesin ATM berkenaan diikat dengan tali, sebelum menyambung hujungnya pada lori pikap dan kereta, sebelum memecut kenderaan untuk memastikan mesin terbabit tercabut daripada dinding bank.

Suspek bagaimanapun gagal mengeluarkan wang daripada mesin kerana tidak tahu cara untuk membuka.

Suspek datang ke Thailand sebagai pelancong dan telah menetap di Pattaya sejak sepuluh tahun lalu.

Kisah rompakan seksi di Wangsa Maju
 
Dengan menggunakan gas, empat mesin teler automatik, ATM dua bank disamun menyaksikan kerugian dianggarkan melebihi satu juta ringgit.

Hasil siasatan awal polis - kes dilakukan sekumpulan penjenayah profesional.

Kejadian berlaku di sebuah hypermarket di Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara jam tiga hingga lima pagi tadi.

Namun hanya disedari kira-kira lapan pagi apabila pengawal keselamatan membuat rondaan dan menemui keadaan bersepah di kawasan yang menempatkan mesin ATM terbabit.

Siasatan awal mendapati, kumpulan penjenayah dipercayai masuk melalui sebuah pintu kalis api di tingkat bawah hypermarket ini.

Mereka memotong sebahagian pintu sebelum membawa masuk peralatan dan berjalan sehingga tingkat satu ke arah deretan enam mesin ATM di satu sudut bangunan ini.

Tiada sebarang loceng kecemasan berbunyi.

Mereka turut mengubah arah rakaman kamera litar tertutup bagi mengelakkan dikesan termasuk menutup kamera litar tertutup pada dua mesin ATM.

Mereka kemudian dipercayai menggunakan gas bagi memotong dan membuka peti besi empat mesin ATM.

Dua lagi mesin ATM bagaimanapun tidak diusik.

16 kotak berisi wang tunai di mesin pengeluaran dikeluarkan dari peti besi sebelum dilarikan.

Polis sedang menyiasat penjenayah terbabit dan meneliti rakaman beberapa kamera litar tertutup hypermarket ini.

PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Share/Bookmark

comments
Posted by Desperado on Ahad, Julai 01, 2012. Filed under , , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 ulasan for "Rompakan paling seksi VS Rompakan paling bangang!"

Leave a reply



Label

Dtox Dtox Dtox Rodox Dtox Dtox Dtox
free counters postimage postimage Zo Share

Komentor Terkini

Berita Terbaru

Arkib Blog