|

Suami pergi kursus, isteri kantoi bawak balik jantan ke rumah!

Gambar hiasan
KULIM - Seorang wanita sanggup mengakui lelaki yang dibawa balik ke rumahnya adalah suaminya bagi mengelak ditahan pihak berkuasa agama dalam sebuan ke kediamannnya di Lunas dekat sini, kelmarin.

Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, beberapa penduduk pergi ke rumah wanita berkenaan kira-kira jam 10.30 malam apabila mengesyaki wanita itu membawa balik teman lelaki.

"Wanita itu memaklumkan lelaki terbabit adalah 'suaminya' menyebabkan penduduk berasa curiga kerana difahamkan suami wanita tersebut berkenaan sedang menghadiri kursus di luar kawasan untuk tempoh beberapa minggu.

"Penduduk kemudian memanggil seorang lelaki lain dipercayai mengenali suami wanita itu, sebelum wanita berkenaan menukar pengakuan bahawa lelaki yaang beraada di ruang tamu rumahnya adalah adik tiri suaminya.

"Seorang daripada penduduk kemudia menghubungi suami wanita itu, dan memberi nama lelaki terbabit untuk pengesahan, namun dia tidak mengenalinya sebelum meminta tindakan diambil terhadap isterinya," katanya.




Harian Metro
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Share/Bookmark

comments
Posted by Desperado on Selasa, Julai 17, 2012. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 ulasan for "Suami pergi kursus, isteri kantoi bawak balik jantan ke rumah!"

Leave a reply



Label

Dtox Dtox Dtox Rodox Dtox Dtox Dtox
free counters postimage postimage Zo Share

Komentor Terkini

Berita Terbaru

Arkib Blog