|

Susahnya nak tegakkan hukum Islam kalau bersekongkol dengan setan!

SHAH ALAM, 10 Julai – Ronnie Liu hari ini menggesa Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor untuk membekukan peraturan baru di panggung wayang yang memisahkan antara penonton lelaki dan wanita yang belum berumah tangga.

Adun Pandamaran itu (gambar) dalam sidang media di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini juga menegaskan, perkara itu tidak dibincangkan di sidang DUN, dan turut mendakwa MDKS tidak merujuk kepada kerajaan negeri sebelum menguatkuasakan perkara itu.

“Baru-baru ini dilaporkan MDKS mengadakan peraturan baru, di mana di Kuala Selangor ada satu panggung wayang yang memisahkan kerusi pasangan Islam yang belum berkahwin apabila masuk ke panggung wayang ... kerusi mereka mesti diasingkan.

“Keputusan ini belum dibuat dan MDKS tidak buat rujukan kepada negeri. Saya sendiri tidak diberi tahu perkara ini,” kata exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan itu lagi.




Menurutnya lagi, kerajaan Selangor juga tidak pernah mengamalkan “double standard” dan tiada sebab MDKS boleh mengadakan satu peraturan baru yang berbeza daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain.

Justeru, pihaknya telah mengarahkan peraturan tersebut untuk dibincangkan semula dan membawa isu tersebut untuk dibincangkan dengan lebih lanjut dalam mesyuarat lembaga penuh mereka.

“Peraturan di semua PBT adalah selaras dan MDKS perlu menangguhkan arahan itu.

“Ini bertentangan dengan laporan yang sedia di seluruh Selangor. Selangor memang ada banyak panggung wayang tetapi tiada satu tempat yang ada peraturan begini.

“Jadi, saya telah meminta YDP Kuala Selangor untuk menangguhkan peraturan ini dan bawa isu ini balik kepada mesyuarat lembaga penuh MDKS untuk perbincangan lanjut,” tambahnya.

Akhbar berbahasa Cina, China Press hari ini melaporkan panggung wayang di Kuala Selangor yang cuba memperbaharui lesen operasi mereka perlu menguatkuasakan peraturan pengasingan mengikut jantina.

Bagaimanapun, komuniti bukan Islam tidak termasuk dalam larangan tersebut.

MI
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Share/Bookmark

comments
Posted by Desperado on Rabu, Julai 11, 2012. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 ulasan for "Susahnya nak tegakkan hukum Islam kalau bersekongkol dengan setan!"

  1. Cadangan tersebut untuk mengasingkan permpan dengan lelaki dalam panggung amatlah digalakkan. Ap salahnya kalau negeri lain pon tutur sama meng impliment undang2 tersebut..

Leave a reply



Label

Dtox Dtox Dtox Rodox Dtox Dtox Dtox
free counters postimage postimage Zo Share

Komentor Terkini

Berita Terbaru

Arkib Blog