Apakah hukum ahli Pas undi DAP?
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli Pas mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, persoalan itu perlu dijawab oleh Pas kerana jelas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
Beliau berkata, begitu juga dengan hukum daripada sudut syarak mengenai arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi Pas seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meminta ahli-ahli parti mereka mengundi DAP.
''Adakah ia dibolehkan atau tidak, memandangkan DAP terang-terang mengecam penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Ini bukan soal Pas, tetapi kecaman yang dibuat oleh Karpal itu jelas melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam.
- Utusan
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
















Dapat pahala dunia kata Pok Nik.........Tak berdosa. Cuma jangan undi BN/UMNO itu masuk neraka kata Pok Nik lagi maqamnya cukup tinggi...hampir tahu segala rahsia di langit yang akan terjadi dan sebelum terjadi.
susah ni... nak undi DAp ke nak undi MCA ?... hai, susah, susah... kompius ni....
banyak rahsia langit dan kehidupan akhirat sudah diketahui orang, hanya mereka yang belum baca al-quran je kot yang belum tahu...