Gadis dakwa dirog0l 'Hang Tuah' dalam lori
SINGAPURA: Bekas teman lelaki seorang remaja perempuan berusia 13 tahun telah memberitahu mahkamah bahawa beliau telah nampak teman wnitanya itu bergelut dengan seorang pemandu leri yang cuba merogolnya.Kejadian rogol ini berlaku pada 21 April tahun lepas telah diceritakan semalam olehremaja lelaki berkenaan yang berusia 18 tahun ketika membuat pengakuan pada sesi pertuduhan.
Pemandu lori tersebut, Hang Tuah Jumaat, telah didakwa merogol kekasihnya itu.
Lelaki berusia 40 tahun itu yang tidak diwakili peguam, menegaskan bahawa beliau berada di flat berdekatan ketika mangsa diserang.
Remaja berkenaan memberitahu mahkamah bahawa Hang Tuah telah memaksa beliau untuk mengajak kekasihnya itu bersiar-siar dan minum pada hari tersebut.
Hang Tuah itu kemudiannya mengambil mereka dengan lorinya dan kemudian menukar ia dengan lori yang lebih besar di premis kerjanya di Sungei Kadut.
Dia kemudiannya memarkir lorinya di sebatang jalan yang sunyi dekat kem tentera Kranji.
Hang Tuan kemudian telah memberi mereka minum vodka bercampur dengan jus oren.
Selepas minum dua gelas, gadis berkenaan berasa pening dan Hang Tuan memaksanya untuk minum lagi, kata remaja lelaki berkenaan.
Mereka bertiga duduk di atas kabin lori ketika hari kejadian.
Hang Tuah kemudiannya menghantas SMS kepada remaja lelaki supaya keluar dari situ. Ketika sekembalinya beliau ke lori berkenaan, remaja lelaki itu berkata, Hang Tuah kelihatan sedang memakai seluar manakala gadis tersebut berada di tempat duduk hadapan.
Kemudiannya, mereka bertiga masuk kebahagian kargo lori dibelakang. Di situ, remaja lelaki tersebut telah tertidur. Ketika beliau bangun dari tidur, beliau mendakwa nampak Hang Tuah dalam keadaan bogel sedang bergelut dengan gadis tersebut.
Beliau juga memberitahu mahkamah gadis tersebut menjerit; "Jangan! Jangan!"
Gadis tersebut berasa takut untuk pulang ke rumah dan Hang Tuah meletakkan lorinya dekat Boon Lay Drive pada tengah malam itu.
Remaja itu berkata, beliau nampak Hang Tuah telah memberikan gadis tersebut $5 dan menyuruhnya untuk tidur di dalam lori itu.
Hang Tuah turut didakwa merogol seorang gadis berusia 14 tahun pada November 2009 dan meniduri gadis bawah umur dalam tujuh dakwaan lain.
Stomp.sg
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
















nama betul die rupanya hang tuah tuuuu..hahaha