|

Lapan peneroka berjaya di'kambing hitamkan'

Presiden Anak...mengheret peneroka ke kancah politik!
Macam-macam cara digunakan pembangkang bagi menjatuhkan kredibiliti DS Najib. Lapan orang peneroka yang sudah 'kekenyangan' duit durian runtuh tempoh hari, kini dipergunakan pula oleh pihak berkepentingan bagi menconteng arang dimuka PM

Mungkin ayat ini yang digunakan oleh mereka bagi menghasut lapan orang peneroka ini bertindak untuk menyaman DS Najib. "Pakcik, duit durian runtuh dah habiskan? Pakcik nak buat duit lagi tak...kami tawarkan perkhidmatan peguam percuma..!"

Entah apa pula tanggapan masyarakat setempat kepada 8 orang peneroka ini. Kalau PM dikatakan melabel mereka sebagai 'haramjadah' (takde pulak sebut nama seorang demi seorang, gamaknya perasan diri dicerca kerana tak reti megnenang budi...sapa makan cili, dia la terasa pedas), apa pula orang sekeliling mereka melabel 8 sekawang ini...



TEMERLOH - Lapan peneroka memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan perkataan ‘haram jadah’ yang digunakan beliau ketika berucap mengumumkan durian runtuh di Felda Jengka 8, 8 Mei lalu.

Kesemua mereka hadir ke Mahkamah Tinggi Temerloh di sini, hari ini memfailkan saman tersebut melalui peguam Mohd Harris Abdullah.

Plaintif terdiri daripada Samat Yusof dari Jengka 4, Alias Ibrahim (Jengka 15), Idris Mat Sah (Jengka 14) dan Syed Jamaluddin Syed Muhamed (Felda Jengka 17) manakala empat lagi dari Felda Jengka 15 iaitu Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong.

Berdasarkan tuntutan plaintif, mereka mendakwa kesemua 40,000 peneroka yang hadir pada pengumuman durian runtuh di Felda Jengka 8, pada 8 Mei lalu akan terpengaruh dengan ucapan Perdana Menteri itu.

Mohd Harris berkata, dalam ucapan tersebut, Najib mengeluarkan perkataan ‘haram jadah’ yang menggambarkan lapan peneroka yang telah memulakan tindakan mahkamah menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad.

Menurutnya, ucapan mengaibkan dan penghinaan yang diucapkan defendan telah menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama masyarakat Felda sehingga plaintif dipulaukan.

“Plaintif menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, faedah lima peratus setahun, kos tindakan dan lain-lain seperti mana yang ditaksirkan oleh mahkamah nanti,” katanya, hari ini.
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Share/Bookmark

comments
Posted by Desperado on Rabu, Ogos 08, 2012. Filed under , , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 ulasan for "Lapan peneroka berjaya di'kambing hitamkan'"

Leave a reply



Label

Dtox Dtox Dtox Rodox Dtox Dtox Dtox
free counters postimage postimage Zo Share

Komentor Terkini

Berita Terbaru

Arkib Blog