|

RCI 'Projek IC' mungkin juga akan kantoikan DS Anwar

Walaupun perhatian kini ditumpukan kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas peranannya memberi kewarganegaraan kepada imigran di Sabah untuk mengundi, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mungkin menjadi sasaran.

Ketua pegawai eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata, pengumuman suruhajaya diraja untuk menyiasat perkara itu mungkin menjejaskan legasi Mahathir, namun Anwar yang merupakan bekas timbalan perdana menteri juga merupakan sebahagian daripada legasi tersebut.

"Ada orang yang masih menyalahkan Anwar kerana membawa masuk Umno ke Sabah sebelum ini," katanya yang menambah, pentadbiran Mahathir bertanggungjawab mempengaruhi semua menteri kanan pada masa itu.

Sekiranya Anwar turut terlibat, ketua umum PKR itu juga akan terjejas, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Kesan kepada Anwar adalah serius jika siasatan suruhanjaya itu turut mengaitkan bekas orang kanan Mahathir itu.

Tambahnya, Anwar kini juga masih aktif dalam arena politik sedangkan Mahathir telahpun bersara.

"Ia mungkin menjejaskan Umno bawah Mahathir yang merupakan generasi lama, tapi generasi baru (pembangkang) akan merana jika Anwar terlibat," katanya lagi.

Tambahnya, Najib mungkin terpaksa mengumumkan RCI tersebut untuk membendung perkembagan di Sabah, namun ia mungkin memberi peluang kepada perdana menteri untuk keluar dari bayang-bayang Mahathir sekiranya berjaya menjejaskan Umno.

[Ads: Get your #EasySmartCard today within 10 mins and enjoy the convenience of a debit card! ]
[Ads: The Olympics are coming soon – if ur a caption whiz or got a tribute for ur fav Olympian, U could win 24k Gold from #MaxisOlympics ]
[Ads: Hari Raya semakin dekat – sampaikan la mesej #UEratkanLagi dan minta maaf zahir batin ]


PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Share/Bookmark

comments
Posted by Desperado on Isnin, Ogos 13, 2012. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 ulasan for "RCI 'Projek IC' mungkin juga akan kantoikan DS Anwar"

Leave a reply



Label

Dtox Dtox Dtox Rodox Dtox Dtox Dtox
free counters postimage postimage Zo Share

Komentor Terkini

Berita Terbaru

Arkib Blog