Zunar bangsat malukan diri sendiri dengan berkarya menghina negara
Kartunis Zunar atau nama sebenar, Zulkiflee Anwar Haque yang sebelum ini terpalit dengan beberapa kontroversi kali ini dilihat memperlekehkan Jalur Gemilang melalui hasil karya terbarunya.
Kali ini, dia mendakwa bendera Malaysia adalah diciplak dari negara Amerika Syarikat.Dia turut menyatakan menerusi karyanya yang lagu Negaraku diciplak dari Indonesia.
Dakwaan hampir sama dibuat ke atas lagu Janji Ditepati.Seperti biasanya, tindakannya itu didukung portal milik pembangkang, Malaysiakini.com.
Kartunis ini seolah-olah seperti sengaja mencetuskan provokasi di kalangan rakyat Malaysia pelbagai fahaman politik.
Secara keseluruhan, Zunar menzahirkan bahawa Malaysia adalah negara yang menyalin semuanya dari pihak lain.
Tidak memberikan langsung sebarang pujian atas kejayaan negara selama ini.
Perlukah selepas negara menuju era kemajuan dan mendapat penghormatan dari negara-negara jiran, rakyat negara ini sendiri mencari jalan untuk memalukan Malaysia?
Ia dilakukan ketika hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk negara ini menyambut ulang tahun kemederkaannya.
Apa inspirasi politik yang ingin dicapai dengan menghina negara sendiri?
Apakah negara nenek moyang Zunar atau Anwar Haque (India) dapat memberikan yang lebih baik kepada dirinya?
Jika benar, mengapa keturunannya memilih untuk berhijrah ke negara ini?
Mana pergi semangat cintakan negara dalam diri Zunar?
Anda lihat dan nilaikanlah sendiri. Ada benda-benda yang kita tak perlu buat dalam politik.
Moga Zunar menemui apa yang ingin disampaikan itu suatu hari nanti tanpa perlu melakukan tindakan yang boleh disalah tafsir atau dilihat memalukan negara sendiri.
AK47@Mynewshub
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.















