Gadis dinoda berkali-kali ketika hadiri temuduga kerja

Desperado | 9/16/2012 | 0 comments

KUALA LUMPUR: Niat menghadiri temu duga di sebuah firma di Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju membawa malang kepada seorang kakitangan teknologi maklumat apabila dia dirogol beberapa kali oleh lelaki yang menemuduganya, kelmarin.

Difahamkan, mangsa turut diberikan minuman berkarbonat yang mengandungi bahan khayal, selain dipaksa menghisap syabu.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 33 tahun pergi ke firma berkenaan untuk menghadiri temu duga dan selepas ditemu duga, dia diberikan minuman berkarbonat.

“Selepas minum, mangsa mula berasa khayal dan pening sebelum seorang lelaki yang menemuduganya dengan tiba-tiba memaksa mangsa menanggalkan pakaiannya selepas dipaksa menonton video lucah.

“Mangsa kemudian dipaksa pula menyedut serbuk putih dipercayai syabu dan selepas mangsa separuh sedar, dia dirogol beberapa kali di atas kerusi di pejabat lelaki terbabit,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, selepas berehat seketika, lelaki itu merogol mangsa sekali lagi hingga tidak berdaya sebelum mengarahkannya untuk mandi di tandas kira-kira jam 6 petang.

Katanya, selepas mandi, mangsa mendapati telefon bimbit dan barangan peribadinya hilang manakala lelaki terbabit pula sudah meninggalkan pejabat dan menguncinya dari luar.

“Selepas menunggu lebih 20 minit, lelaki itu kembali ke pejabatnya, namun menafikan mengambil barang berharga mangsa,” katanya.

Sumber polis berkata, selepas kejadian itu, lelaki itu mengugut mangsa untuk melayan nafsu seks bagi mengelak video bogelnya disebarkan kepada ahli keluarga dan pejabatnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


Category: ,

PERINGATAN:
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments