(Video) Fuh! Amoi ni pakai kebaya pendek...bawa lagu Siti, menggoncang iman!
Memang kami akui, kami bukanlah penulis blog hiburan kerana kami banyak mengutipnya dari blog-blog popular seperti Murai, Rotikaya sebagai koleksi berita kami.Jadi kami memang tidak alert langsung dengan penampilan amoi sorang ini yang turut mewakili Malaysia bersama Shila Amzah di Asian Wave 2012.
Lau Wan Yin, maaf kami kurang mengenali artis Cina, tetapi penampilannya di pertandingan Asian Wave tersebut benar-benar menyentap jiwa.
Lebih-lebih lagi kala membawakan lagu Bukan Cinta Biasa yang dipopularkan oleh penyanyi tersohor negara iaitu Dato Siti Nurhaliza. Menyarungkan pakaian kebangsaan negara iaitu kebaya pendek, Lau Wan Yin kelihatan cukup manis tatkala menyampaikan lagu berkenaan.
Malah, persembahannya juga boleh tahan menarik walaupun penguasaan bahasa Melayu sedikit terkucil. Tapi yang penting, dia dapat menyampaikan lagu Bukan Cinta Biasa itu dengan baik. Feelnya pun ada. Begitu juga dengan lenggoknya.
Tidak hairanlah mengapa persembahannya menerusi lagu tersebut memperolehi carian yang agak tinggi di dalam Youtube.
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.















