Persembahan memalukan, Yuna tak layak di gelar artis antarabangsa - Peminat

Desperado | 10/22/2012 | 0 comments

Pencapaian yang diperoleh penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna membuatkan dirinya dilabel sebagai artis antarabangsa.

Malah, ia disokong dengan Yuna yang telah pun mengesahkan bahawa dia telah merakamkan album yang diterbitkan oleh penerbit antarabangsa.

Pun begitu, Murai Batu mendapat tahu, sebilangan peminat industri hiburan tanah air telah mengeluh dan mengatakan Yuna tidak layak digelar artis antarabangsa. Eh, kenapa pulak?

Lebih panas lagi, keluhan ini telah dikeluarkan sendiri oleh peminat yang asalnya adalah peminat setia Yuna.

Dengarnya, disebabkan hatinya telah kecewa dengan sikap dan profesional Yuna, peminat itu mengatakan Yuna telah memalukan sebilangan orang yang mengagungkannya sebagai penyanyi antarabangsa.

Rasa malu itu juga terserlah pada wajahnya ketika dia menceritakan hal ini kepada Murai Batu.

Merisik sebab dia mengatakan sebegitu, Murai Batu difahamkan Yuna telah salah nyanyi dan tidak melakukan persembahan setaraf dirinya pada persembahan istimewa di ibu negara.

Lebih memalukan, lontaran suara, pitching dan lenggok Yuna menyanyi lagu sendiri amat teruk. Malah, Yuna dikatakan telah memberi alasan masalah teknikal menyebabkan dia menjadi sebegitu.

Walhal, sebagai seorang penyanyi profesional dengan menyanyikan lagu sendiri, alasan sebegini tidak boleh diterima peminat yang telah taksub dengan bakat yang ada padanya.

Dek kerana itulah, peminat itu sudah tidak minat lagi dengan Yuna dan terus menyatakan Yuna tidak layak digelar artis antarabangsa. Merajuk besar nampak!

Apapun, sebagai orang yang tahu selok belok dunia selebriti, Murai Batu menasihati agar janganlah mudah putus asa dengan seseorang artis.

Mungkin ada sebab mengapa dia jadi sebegitu. Terus-terang untuk mendapat apa yang diperoleh Yuna sekarang ini bukannya mudah. Hanya mereka yang bertuah dan berbakat saja boleh terima rezeki sebegini.

Apapun, kehidupan sebagai artis ternama sememangnya amat berbeza dengan orang lain. Namun, mereka masih sama dengan orang lain kerana mereka adalah insan yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

Murai

Category: ,

PERINGATAN:
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments