11/26/2012
0
Kami ingin mengucapkan tahniah ke atas pasangan mempelai Anas Zawawi dan Allysa yang kini sah bergelar suami isteri.

Anas merupakan anak kepada Datuk K dengan bekas isterinya, Tengku Zawiyah manakala Allysa adalah anak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn dan Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah.

Dalam majlis itu, Anas dinikahkan sendiri oleh Hishammuddin.

Wah nampaknya berbesanlah Datuk Siti Nurhaliza dengan pak menteri ye.

Anas mengenali gadis itu ketika mereka sama-sama menuntut di Australia dulu dan sekarang Anas sudah menamatkan pengajian dan kembali ke Malaysia untuk bertugas.

Dalam pada itu,khabarnya majlis perkahwinan mereka akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Tahniah sekali lagi, moga berkekalan hingga ke akhir hayat.




0 comments:

Catat Ulasan