18 Januari, 2013

Cuepacs mahu elaun rumah RM480, COLA RM400, apa respon penjawat awam?

Sekarang ini rata pemegang Ijazah yang memohon dengan sektor awam rata-rata ditawarkan gaji pokok sekitar RM2,200 dan kalau dicampurkan elaun semuanya adalah RM800++. Ini kiraan secara kasar.

Secara lebih tepat lagi, jikalau skim bukan beruniform seperti S41, M41 dan lain-lain lagi pokok adalah RM2145, campur elaun semuanya menjangkau RM3000. Kenaikan tahun sekitar RM225. Tetapi apabila sudah naik gred 44, 48, dan sebagainya gaji pokok pun akan turut sama naik.

Bagaimana pula dengan gaji doktor hospital kerajaan?

Jikalau UD41 “fresh houseman” boleh dapat sekitar RM3,800 dicampur sekali dengan elaun. Manakala UD44 fresh MO (Medical Officer) boleh dapat sehingga RM5,000. Tak tolak cukai, tak campur “on call”. Kadar “on call” naik banyak sebulan biasanya antara RM1,200 sehingga RM2,000 boleh dituntut. Manakala “Houseman” pula boleh dapat sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan untuk “on call”. Jadi macam-macam warna taburan gaji yang ditawarkan untuk penjawat awam berdasarkan gred, kepakaran dan lapangan di sektor awam yang dipilih mereka.

Walaubagaimanapun, Cuepacs merasakan ada beberapa pelarasan yang perlu dilakukan dan tuntutan yang perlu dilaksnakan sesegera mungkin bagi menjaga kebajikan 1.4 juta kakitangan di Malaysia. Oleh itu mereka tampil dengan beberapa dan berharap ia dilaksanakan sesegera mungkin. Antaranya ialah :

1. Elaun tetap perumahan kepada RM480 sebulan untuk semua penjawat awam sepatutnya mesti diselaraskan kepada semua

2. Kadar pinjaman perumahan daripada 4 peratus, mestilah diturunkan kepada 1 peratus sahaja dikenakan kepada penjawat awam

3. Elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300 hendaklah diselaraskan

Cuepacs juga mencadangkan kenaikan elaun tetap keraian supaya dilaksanakan sesegera mungkin

Paling penting, tuntutan elaun tetap perumahan kepada RM480 sebulan. Ini kerana sudah 5 tahun sudah berlalu namun tuntutan itu masih tidak dilayan. Sewa rumah tidak sama dengan kadar yang dikenakan pada 5 dahulu. Semakin meningkat…Besarlah harapan Cuepacs supaya Imbuhan tetap perumahan dinaikkan kerana :

“Jika diluluskan (elaun tetap perumahan RM480), sudah tentu tahap perkhidmatan anggota dapat dipertingkatkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Gaza daripada penjawat awam Kementerian Pertahanan Melaka di Dewan Perwira, Kem Terendak

2 comments

Setuju!! Gred bwhan tak perlu gji setnggi gred atasan tp memadai dgn taraf hidup sekarang tak kira kerja di desa, pekan atau kotaraya lbh adil..


EmoticonEmoticon