|

PAS anggap isu Kalimah Allah hanya retorik politik, bukan akidah

KOTA BHARU - Pas tetap akan berada dalam Pakatan Rakyat (PR) biarpun wujud perbezaan pendapat dalam kalangan sesetengah pemimpin mengenai isu kalimah ALLAH yang hanya merupakan retorik untuk melemahkan perjuangan Pas dalam pimpinan PR.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kelantan, Wan Ubaidah Omar berkata, keadaan itu tidak langsung melunturkan semangat juang Pas malah yakin sokongan rakyat terhadap parti itu semakin utuh.

“Soal berbeza pendapat itu memang wujud kerana ia berdasarkan pandangan mereka namun apa yang berlaku sengaja diperbesar-besarkan dan wujudkan suasana tegang sehingga menimbulkan polemik dan konflik.

“Usah jadikan alasan perbezaan pandangan setengah pihak dalam PR sebagai isu. Apa yang penting adalah kekuatan Pas dalam Pakatan itu yang mendapat sokongan. Ia dibuktikan di Selangor, apabila kerajaan dapat ditadbir dengan baik di bawah PR walaupun wujud perbezaan fahaman,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan majlis Bengkel Ibu Muda di dewan Kem Kijang di sini semalam.

Wan Ubaidah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan penduduk di Kampung Padang Enggang tempo hari, supaya meninggalkan PR atas alasan pimpinannya mempunyai pandangan yang berbeza dan tidak menghormati keputusan Majlis Syura Pas berhubung Isu kalimah ALLAH.
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Share/Bookmark

comments
Posted by Desperado on Ahad, Januari 27, 2013. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 ulasan for "PAS anggap isu Kalimah Allah hanya retorik politik, bukan akidah"

Leave a reply



Label

Dtox Dtox Dtox Rodox Dtox Dtox Dtox
free counters postimage postimage Zo Share

Komentor Terkini

Berita Terbaru

Arkib Blog