Punca PKR tolak keputusan Majlis Syura PAS...

SHAH ALAM: PKR sepatutnya akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan tidak wajar memperkecilkan peranan yang dibawa oleh dewan ulama itu dalam usaha melindungi kalimah Allah dari terus disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kata Datuk Nakhaie Ahmad.

Malah, bekas Naib Presiden PAS itu menyifatkan penolakkan PKR berhubung pendirian Majlis Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu sebagai tindakan terdesak untuk meraih undi bukan Melayu.

"Mereka ini main politik sahaja, duduk main tarik tali sahaja antara mereka, PKR takut hilang pengundi.Jadi dia (Azmin) tepaksa cakap begitu balik supaya tidak hilang pengundi di kalangan bukan beragama Islam pula," katanya.

"Mereka ini menjadi serba-salah sebab semua perkara hendak dipolitikkan, agama pun hendak dipolitikkan, khalimah Allah pun hendak dipolitikkan sampai tiada batas langsung gara-gara hendak raih undi," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian bagi mengulas bantahan PKR atau Pakatan terhadap ketetapan Majlis Syura PAS baru-baru ini.

Cadangan pemimpin tertinggi PAS itu dilontar dua hari selepas PKR menolak pendirian Majlis Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan partinya hanya menerima perakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bukan Muslim boleh menggunakan kalimah itu.

Perakuan Hadi itu diangkat sebagai pendirian rasmi Pakatan Rakyat susulan desakan DAP mahukan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible Bahasa Melayu yang digunakan di Semenanjung.

Tuntutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu ditegur oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertitah bahawa kalimah Allah hanya untuk penganut Islam.

Mengulas lanjut tindakan PAS yang terpaksa membuat pusingan-U berhubung isu kalimah Allah, Nakhaie berkata, Majlis Syura parti terpaksa mengambil keputusan sedemikian ekoran desakan pelbagai pihak.

"Dari segi itu, mungkin PAS menerima tekanan dari orang ramai, jadi sebab itu dia menukarnya semula mengenai keputusan dengan menyuruh Majlis Syura membetulkan keputusan tersebut," katanya.

Antarapos
Previous
Next Post »
Thanks for your comment