Spa tawar khidmat seks di Kajang kena serbu

Desperado | 1/06/2013 | 0 comments

KAJANG - Kegiatan sebuah pusat kesihatan yang menawarkan perkhidmatan seks dalam spa terbongkar selepas serbuan polis di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Difahamkan, ketika serbuan kira-kira jam 9 malam itu, premis yang dilengkapi lebih 20 bilik kecil dipenuhi wanita sedang menunggu pelanggan.

Seramai 31 pelacur termasuk warga asing dari Vietnam (11), China (2), Indonesia (2) dan Rusia (1) ditahan dalam serbuan kira-kira jam 9 malam itu.

Serbuan yang dilakukan unit risikan dan operasi perancang dan pencegahan jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Inspektor Emmi Shah Fadhil turut menahan lima pelanggan, dua penjaga premis dan empat pekerja.

Jurucakap polis berkata, semua warga asing yang ditahan didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini.

Menurutnya, semua yang ditahan berusia 20 hingga 30 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kajang untuk siasatan.

“Premis beroperasi 24 jam itu tawarkan pakej boleh mencecah sehingga RM218, tetapi setiap pelacur hanya diberi RM25 bagi perkhidmatan dan mengikut permintaan pelanggan,” katanya.

Category: ,

PERINGATAN:
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments