2/17/2013
0
Mengambil langkah berani mempromosikan diri menggunakan FB dengan bermodalkan gambar seksi dan kata-kata mengghairahkan, dalam sekelip mata lelaki berhidung belang tanpa mengira rupa dan bangsa berminat mengenali Sally.

“Semakin hari semakin ramai ingin mengenali saya. Ini membuatkan saya sangat seronok apabila dapat melayan mereka biarpun secara on-line. Apabila ada yang menyatakan ingin berjumpa dan berterus-terang ingin mengajak saya ke hotel, perasaan takut itu langsung tiada.

“Sebaliknya, saya tak sabar-sabar untuk melakukannya, berbekalkan ‘ilmu’ diperoleh daripada tontonan filem lucah sebelum ini.

“Dalam kejahilan, saya sedikit pun tak berasa berdosa, malah lebih gembira apabila lelaki buaya itu menabur wang ringgit selepas servis diberikan.

“Sepatutnya pada usia 12 tahun, saya sibuk menelaah pelajaran dan tidak perlu tahu perihal orang dewasa, namun usia muda bukan penghalang saya berbuat demikian,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Segala-galanya bermula apabila dia ketagih dengan perlakuan seks ditonjolkan pelakon bermata biru yang ditonton menerusi Internet, lalu anak bongsu daripada empat beradik ini mahu melakukan aksi sama.

“Saya dibesarkan dalam keluarga yang berpelajaran tinggi. Ketagihan seks bermula selepas menonton adegan romantik dalam filem menerusi Internet secara tidak sengaja.

“Selepas itu, saya kerap terbayangkan adegan romantik hingga membuatkan saya sanggup mencari ‘cerita’ sedemikian di Internet secara sembunyi kerana bimbang dikesan keluarga.

“Saya sangka dengan menonton adegan seperti itu mampu memuaskan nafsu. Sebaliknya, saya semakin ‘menggilai’ tabiat baru ini, sekali gus menjadi rutin wajib dan kehidupan tidak lengkap seandainya tidak menyaksikan aksi lucah dalam masa sehari,” katanya yang berasal dari pantai barat tanah air.

Memiliki pengetahuan seks luas melahirkan perasaan ingin tahu dan mencuba di jiwa muda Sally. Justeru, dia mencari alternatif untuk mendapatkan pasangan eksperimen seks biarpun ketika itu masih di tahun enam.

Permulaannya, sukar bagi remaja ini mencari pasangan atau teman sesuai untuk melampiaskan nafsunya. Apatah lagi Sally tiada pengalaman untuk menggoda lelaki disebabkan sikap pendiam dan pemalu.

Namun, dengan pengaruh FB, segala-galanya terbuka luas bagi Sally meneruskan eksperimen gilanya.

Meskipun usia masih mentah, ramai pelanggannya tidak menyangka Sally mampu memberi layanan terbaik dan ada yang sanggup bertemunya berkali-kali semata-mata ingin mendapatkan layanannya.

Mungkin disebabkan faktor Sally gemar menambah kenalan lelaki tanpa mengira usia atau bangsa, ditambah dengan kata-kata nakal di profil FB miliknya, membuatkan namanya menjadi sebutan lelaki miang.

“Sambil menyelam, minum air. Selepas menerima wang hasil ‘kerja’ itu, saya menyedari ketagihan ini amat lumayan tanpa perlu meminta wang saku daripada keluarga.

“Saya merasakan keserasian apabila melakukan kerja sambilan ini, apatah setiap kali memberi layanan sama ada lelaki Melayu, Cina mahupun India, saya menerima bayaran sekurang-kurang RM200.

“Paling lumayan, apabila pelanggan dari luar negara seperti Jepun, Korea, Arab dan mat salih sanggup membelanjakan wang lebih banyak mencecah RM2,000 sekali perkhidmatan,” katanya yang mendakwa berjaya menundukkan 60 lelaki dan meraih RM20,000 hasil dosanya.

Seronok dengan pendapatan diterimanya, Sally menggunakan wang berkenaan untuk membeli barangan keperluan dan berbelanja sakan, termasuk pakaian berjenama serta gajet terbaru.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Demikian dengan Sally apabila rahsianya terbongkar sejurus pihak sekolah menghubungi keluarga menyatakan dia sudah lama tidak hadir ke sekolah.

Pernah menggugurkan kandungan ketika berusia 15 tahun, aktivitinya terbongkar apabila kehamilan kali kedua disedari ibu bapanya dan mendesak Sally berterus-terang.

Tiada pilihan, dia terpaksa memberitahu perkara sebenar dan ternyata kenyataan itu menghancurkan hati keluarga.

“Lebih mengejutkan, selepas menjalani pemeriksaan doktor, saya disahkan menghidap penyakit sifilis dan kanser rahim. Kandungan berusia tiga bulan itu terpaksa digugurkan apabila rahim saya perlu dibuang.

“Masa depan saya seakan-akan lebih gelap apabila doktor turut mengesahkan saya penghidap HIV positif, iaitu penyakit yang belum ada penawarnya hingga kini.

“Kurangnya pengetahuan mengenai hubungan seks bebas, saya tidak menyangka begini pengakhiran kisah hidup saya.

“Nasi sudah menjadi bubur. Saya sangat menyesal dan berharap kesilapan ini tidak dilakukan remaja lain yang terlalu mengharapkan keseronokan bersifat sementara,” katanya yang kini menjalani rawatan HIV dan sesi pemulihan di Baitul Fiqh, Subang Jaya, Selangor.

0 comments:

Catat Ulasan