2/19/2013
0
Beberapa hari lalu, selebriti popular Kim Kardashian ada memuat naik beberapa keping gambarnya di Instagram.

Gambar itu menunjukkan dia sedang menjalankan sesi fotografi.

Seperti biasa, siapa yang tidak tahu dengan fesyen Kim yang amat seksi bukan?

Tetapi bukan faktor seksi yang membuatkan rata-rata peminat mengecamnya.

Sebaliknya pakaian berkenaan terlalu ketat untuk ibu yang sedang mengandung. Sudah tentu ia amat tidak sesuai untuk pembesaran janin.

Kim sebenarnya sedang mengandung hasil hubungannya bersama penyanyi rap, Kanye West.

Disember tahun lalu Kanye West sendiri mengumumkan teman wanitanya yang juga bintang realiti televisyen sedang berbadan dua.

Perkara tersebut diumumkan di hadapan lebih 5,000 penonton West dalam satu konsert di Ovation Hall.

West dan Kim mula menjalin hubungan cinta sejak Mac lalu.



0 comments:

Catat Ulasan