Live Streaming | Harimau Muda A vs Myanmar | Friendly Match | 22 Februari 2012

LIVE STREAMING HARIMAU MUDA A VS MYANMAR
STADIUM THUWUNNA YANGON, MYANMAR
KICK OFF 4.45 PM
Streaming link
Link 1 | Link 2 | Link 3

p/'s: Kami tidak pasti sama ada ianya ada siaran lansung atau tidak, andainya ada, kami akan cuba kemaskinikan ia...kalau tak ada, tunggu berita malam ni aja la..


Selepas menjalani persiapan awal di Brisbane Australia pada 23 Januari hingga 6 Februari lepas, Harimau Muda akan berangkat ke Myanmar esok untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan Myanmar pada Jumaat ini.

Aksi persahabatan ini merupakan salah satu persiapan Harimau Muda menjelang Sukan SEA pada akhir tahun ini.

Hanya 18 pemain Harimau Muda A akan mengikut serta ke Myanmar da jurulatih, Ong Kim Swee mengambil peluang ini untuk memberi pendedahan kepada pemain-pemain baru Harimau Muda yang kurang pengalaman di peringkat antarabangsa.

"Saya hanya akan membawa pemain Harimau Muda A dan ada antara mereka ini adalah pemain baru yang masih belum mempunyai pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa, namun saya tetap yakin dengan kemampuan mereka kerana dalam perlawanan persahabatan ini kami mahu melihat keserasian dalam kalangan pemain.

"Antara sebab saya tidak mahu memanggil pemain lain dari luar kerana tidak mahu mengganggu persiapan pasukan yang ketika ini bakal menghadapi saingan liga tempatan," kata Ong Kim Swee kepada Utusan Malaysia.

Antara pemain utama yang tidak turut serta adalah Amer Saidin, Syahrul Azwari dan Irfan Fazail kerana mengalami kecederaan.

Pengecualian mereka memberi peluang untuk pemain-pemain baru menimba lebih pengalaman.

"Sebagai ganti saya akan membawa pemain baru yang masih belum mempunyai pengalaman di pentas antarabangsa seperti D. Kenny Pallraj, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan dan Adam Nor Azlin

"Jika pemain baru ini ingin terus bersama pasukan Harimau Muda A mereka perlu mempamerkan prestasi yang baik sepanjang bersama pasukan ini," katanya lagi.

Senarai 18 pemain ke Myanmar:

Penjaga Gol

1. Izham Tarmizi
2. Muhammad Firdaus

Penyerang:

3. Ahmad Hazwan Bakri
4. Mohd Rozaimi
5. Thamil Arasu
6. Izzaq Faris

Tengah:

7. Wan Zaharulnizam
8. Saarvindran
9. Adam Nor Azlim
10. Nurridzuan
11. Saiful Ridzuwan
12. Wan Zack Haikal

Pertahanan:

13. Fadhli Shas
14. Fandi Othman
15. Kenny Pallraj
16. Ariff Farhan
17. Shahrul Saad
18. Nazirul Naim

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Jumaat, 22 Februari 2013 5:03:00 PTG MYT ×

Mane live streamingnye ?

Selamat Rashidy Shidy dapat PERTAMAX...! Silahkan antri di pom terdekat heheheh...
Balas
avatar
admin
Thanks for your comment