3/05/2013
0

PENANTIAN kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi untuk beraksi bersama skuad kebangsaan akhirnya tercapai apabila beliau dilihat tersenarai dalam 27 pemain yang dipanggil untuk mengikuti latihan bagi persiapan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa dan perlawanan pusingan Kelayakan Piala Asia 2015.

Setelah gagal terpilih sebelum ini, jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal telah menyenaraikan Badhri atau dikenali sebagai Piya buat pertama kali dalam skuad Harimau Malaya.

Selain Piya, Safiq yang tidak disenaraikan pada perlawanan pertama menentang Qatar 6 Februari lalu gara-gara digantung dua perlawanan selepas menerima kad merah dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura pada Julai 2011 turut berada dalam perancangan di samping beberapa pemain lain seperti Yong Kuong Yong (Perak) serta Nik Mohd. Shahrul Mohd. Azim (Kelantan).

Sementara itu, Norshahrul Idlan Talaha terus mendapat pilihan utama apabila pemain Johor Darul Takzim itu masih disenaraikan bersama pemain lain seperti Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abdul Razak, dan Khairul Fahmi Che Mat.

Kelibat pemain Harimau Muda A seperti Mohd. Fadhli Shas dan Wan Zack Haikal Wan Noor pula terus ditagih oleh Rajagobal.

Kenyataan dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menyebut bahawa semua pemain akan melaporkan diri pada 11 Mac ini di Wisma FAM.

Pemain-pemain yang mewakili Pasukan Selangor dan Kelantan yang akan bermain untuk AFC Cup 2013 diberi pengecualian dan perlu melaporkan diri sehari selepas perlawanan.

Skuad kebangsaan akan beraksi dalam perlawanan persahabatan dengan Arab Saudi pada 17 Mac ini sebelum bertemu Yaman dalam pusingan kedua kelayakan Piala Asia pada 22 Mac.

Berikut 27 senarai nama yang dipanggil:

Kyhril Muhymeen Muhymeen Zambri
Farizal Marlias
Young kong yong
Abdul Hadi Yahya
Mahali Jasuli
Norazlan Razali
Amri Yahya
Asraruddin Putra Omar
Abdul Shukor Jusoh
Mohamad Aidil Zafuan
Norshahrul Idlan Talaha
Safiq Rahim
Azamuddin Akil
Gopinathan A/L Ramachandra
Khairul Fahmi Che Mat
Nik Shahrul Azim
Mohd Shakir Shaari
Badhri Radzi
Faizal Muhamad
Ashari Samsuddin
Zubir Azmi
Abdul Manaf Mamat
Amiridzwan Taj Tajudin
K. Reuben
Helmi Rameli
Fadhli Shas
Wan Zack Haikal


Senarai 14 pemain menunggu:
Kunanlan a/l Subramaniam
Gurusamy Govandar a/l Kandasamy
Muhammad Ramzul Zahini B. Adenan
Mohd Fauzi Bin Rozlan
Amirulhadi Zainal
Saiful Nizam Miswan
Azmi Muslim
Kamarul Afiq Kamaruddin
Nazrin Mohd Nawi
Sivakumar
Fauzan Dzulkifli
G. Mahathevan
Amar Rohidan
Thamil Arasu


0 comments:

Catat Ulasan