Chegu Bard bawak saksi dari Thailand bongkar video kontroversi big bossnya...

Nampak gayanya, Chegu Bard terus berusaha keras untuk memastikan DUN Sg Acheh adalah milik PKR walaupun PAS telah bertegas mengumumkan calon mereka. Langkah-langkah proaktif beliau 'mengipas' bontot DS Anwar dilihat jelas dengan pelbagai program diatur di Pulau Pinang.

Terbaru, beliau telah mengatur satu program pembongkaran kisah video-video tidak senonoh yang dikaitkan dengan DS Anwar.

Dalam program tersebut, seorang individu misteri didatangkan khas dari negera jiran utara tanahair, Thailand. Dakwa beliau, individu ini adalah saksi penting untuk kes tersebut.

Pelik juga, kalau sudah ada saksi penting, mengapa tidak dibuat laporan kepada pihak berkuasa. Bukankah mudah untuk hancurkan orang yang mendakwa video ini benar. Tetapi tidak, beliau mengheret individu tersebut ke sebuah pusat dakwah popular di Permatang Pauh, Yayasan An Nadhoh untuk 'pembongkaran' isu tersebut.

Antara individu-individu lain yang terlibat, termasuklah Hishamudin Rais, yang kononnya akan menerangkan secara terpeinci mengenai video tersebut sebagai palsu. Kami difahamkan, Hishamuddin akan menggunakan kepakarannya sebagai graduan perfileman untuk kelentong orang-orang kampung sekitar kawasan tersebut. Hishamudin juga dijangka akan menggunakan terma-terma yang biasa digunakan dalam industri perfileman bagi meyakinkan orang-orang kampung yang pastinya ternganga mendengarnya.

Kalau benar pembongkaran ini dapat merungkaikan segala kusut masai moral DS Anwar, sepatutnya ia dilakukan secara besar-besaran, peringkat nasional, tidak hanya secara tersorok disebelah lebuhraya Butterworth-Kulim.

Nampak sangat tindakan mereka ini hanya bermotifkan politik, mencari kemenangan dengan mengundang 'awang import' untuk meraih undi.

Kasihan...

Calon seteru DS Anwar juga bukan calang-calang, malah latar belakangnya sebagai PAS totok dahulu, pasti memerlukan strategi baru untuk meyakinkan pengundi-pengundi di Permatang Pauh. Dan seperkara lagi, Chegu Bard pastinya menggunakan platform ini untuk meyakinkan big bossnya untuk mengekalkan dirinya di kerusi DUN Acheh, kerana keesokan harinya adalah hari penamaan calon...
Previous
Next Post »
Thanks for your comment