Pakai legging buka tudung lepas umrah, peminat tegur Elfira Roy

Desperado | 4/10/2013 | 0 comments

Pelakon cilik Elfira Roy telah ditegur oleh segelintir peminat-peminatnya akibat berpakaian agak kurang sesuai setelah pulang dari menunaikan umrah.

Semuanya berlaku di dalam akaun Instagram beliau apabila beliau memuat naik beberapa keping gambar pasca umrahnya dan ketika pergi membeli belah.

Beberapa keping gambar yang memaparkan aksinya mencuba beberapa pakaian dengan hanya memakai legging dan seluar yang amat pendek.

Komen yang menarik perhatian berbunyi: "Pakai la tudung....kita sama islam kena tegur nanti Allah tnya It akhirat. Bazir duit pi umrah :( Assalamualaikum"
Sebelum ini, Elfira ada berkongsikan gambar-gambar beliau bertudung litup ketika menunaikan umrah, dan ramai yang berharap ianya kekal sedemikian.




Category: ,

PERINGATAN:
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments