5/13/2013
1
Kes 'money laundering' import daging lembu Ahmad Fathanah di negara seberang Indonesia turut melibatkan seorang model jelita untuk majalah dewasa.

Vitalia Shesha, model separuh bogel itu sudah pun disoal siasat dua kali oleh pihak berkuasa. Dipetik dari Liputan6, Vitalia dipanggil oleh pihak berkuasa setelah harta milik Ahmad Fathanah disita.

"Setelah dua kali disoal siasat, beliau mengaku dihadiahkan sebuah kereta Honda Jazz putih dan jam tangan mewah Chopard," kata wakil KPK, Johan Budi SP, di ibu pejabat KPK, Jakarta, Indonesia.

Honda Jazz berwarna putih itu telah disita KPK dan berada di ibupejabat.

Namun begiu, hubungan mereka berdua masih belum jelas. "Setakat ini, pemberian barang-barang ini adalah berdasarkan hubungan sebagai kawan," jelas Johan lagi.

Selepas kes tersebut tersebar, Vitalia menjalani kehidupan sebagai seorang model seksi seperti biasa.

Terbaru beliau muncul dalam sebuah majalah dewasa untuk sesi penggambaran.

1 comments: