(Video) Zip seluar terbuka, Sharifah Sakinah makin merapu...

Desperado | 5/28/2013 | 1 comments

Nama Sharifah Sakinah memang tidak perlu diperkenalkan lagi selepas kontroversi video separa lucahnya menjadi hangat di kalangan peminat hiburan tanah air.

Kali ini dia tampil dengan video Keek terbarunya, di mana memperlihatkan zip seluar Sakinah terbuka sambil dia mengomel mengenai tabiat sesetengah manusia yang suka memperbesar-besarkan isu yang dianggap remeh.

Berkemungkinan besar Sakinah merujuk kepada kontroversi video-videonya sebelum ini.

Apa-apa pun mari kita ucapkan selamat hari lahir buat pelakon cantik ini kerana Sakinah genap berusia 24 tahun hari ini.

Sejajar denga pertambahan usianya itu, diharapkan adik kepada dramatis Sharifah Shahirah dan Sharifah Norhaslinda ini tidak lagi memuat naik video yang boleh menjejaskan reputasi dan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai.

Ye, kami tahu awak memang gila-gila tetapi cubalah berpada-pada dalam berkongsi video kepada para peminat kerana tidak semua orang yang menyukai apa yang kita buat dan lakukan.

Tak gitu?

Category: ,

PERINGATAN:
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

1 ulasan:

  1. saje jek nakal-nakal.. kejap je tu.. offer berlakon nanti.. senyap lah tu :)

    BalasPadam