6/02/2013
0
Sebentar tadi telah berlangsungnya majlis pertunangan pelakon kacukan Pakistan-Cina-Melayu, Fouziah Gous, 30 dan kekasihnya yang juga merupakan ahli perniagaan dan perunding keewangan, Md Zhafran (Zhaf), 30.

Hubungan cinta mereka terjalin selepas sama-sama mengusahakan perniagaan sarang burung.

Majlis berkonsepkan ala Inggeris dengan tatahias warna putih yang berlangsung restoran Asmara Pencahala, Sungai Penchala dalam suasana yang cukup meriah dihadiri seramai 500 terdiri saudara mara, kenalan rapat, dan para wakil media.

Acara kemuncak menyaksikan ibu Zhafran, Puan Normah Ali menyarungkan cincin ke jari Fouziah tanda diri pelakon 'Trilogi Cinta' dan 'Cinta Bertamu di Abu Dhabi' itu kini tunangan kepada anak lelakinya. Saat manis itu turut disaksikan oleh ibu Fouziah.

Berikut foto-foto sekitar majlis pertunagan 'pasangan bird nest (sarang burung)' ini untuk tatapan anda :

0 comments:

Catat Ulasan